Novak Djokovic Dan Isteri Sah Positif COVID-19

Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic disahkan telah dijangkiti COVID-19 selepas beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan di Croatia minggu lalu. Isterinya Jelena Djokovic turut dilaporkan dijangkiti virus itu.

Pertunjukan tersebut dikatakan tidak mematuhi sebarang penjarakan sosial. Pemain dari Serbia itu menjalani ujian COVID-19 pada Isnin lalu sebaik kembali ke Belgrade.

“Malangnya, virus ini masih ada dan ia adalah situasi baharu yang perlu kita pelajari dan hadapi. Kami telah menganjurkan kejohanan ini di saat virus COVID-19 dilaporkan telah lemah,” katanya.

Sebelum ini, tiga orang pemain dari Croatia, Bulgaria dan Serbia turut dilaporkan positif COVID-19 selepas beraksi pada kejohanan sama yang dikenali sebagai Jelajah Djokovic Adria.

Djokovic menyatakan kekesalannya terhadap kes jangkitan yang berlaku. Dia berharap agar perkara ini tidak merumitkan keadaan kesihatan setiap individu dan turut mengharapkan mereka yang dijangkiti akan cepat sembuh.

Djokovic dan isterinya akan menjalani kuarantin selama 14 hari sehingga simptom COVID-19 yang dijangkiti hilang sepenuhnya. Mereka akan melakukan ujian sekali lagi selepas lima hari.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca