Nor Sarah Menang Pingat Emas Lompat Bergalah Tanpa Latihan Yang Cukup

Nor Sarah Adi berjaya memenangi pingat emas dalam acara lompat bergalah wanita dalam Sukan SEA Vietnam 2021 di Stadium My Dinh, Hanoi.

Sarah yang sentiasa melihat dirinya dan juga dikenali ramai sebagai pelari pecut Malaysia telah mengejutkan semua dengan kejayaannya dalam lompat bergalah dalam Sukan SEA.

Atlet ini beritahu bahawa beliau layak dalam lumba 4x100m tetapi juga dapat peluang untuk menyertai acara lompat bergalah. Baginya, peluang sebegitu tidak selalu datang walaupun beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih.

Walau bagaimanapun, Sarah tetap berjaya menjuarai acara ini dengan lompatan setinggi 4m, Chontica Khabut, atlet Thailand menang perak (3.8m) dan Alyana Joyce Nicolas Martinez, atlet Filipina pula menang gangsa (3.6m).

Tambahan pula, beliau ada mengalami kecederaan belakang seminggu sebelum acara tetapi masih berjaya meraih pingat emas. Kerana kejutan ini, Sarah merasakan kemenangan ini bagai mimpi.

Sarah juga berjaya menang pingat gangsa dalam kuartet 4x100m wanita dengan catatan 45.32s bersama atlet wanita Malaysia lain, S. Komalam Shally, Zaidatul Husniah Zulkifli dan juga Azreen Nabila Alias.

Acara kuartet 4x100m wanita, emas dimenangi oleh Thailand (44.39s) dan perak dimenangi oleh Vietnam (45.32s).

Setakat ini, dalam Sukan SEA Vietnam 2021, Malaysia sudah berjaya meraih 19 pingat emas, 24 pingat perak dan 46 pingat gangsa yang meletakkan mereka di tempat keenam.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan dengan Sukan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca