Sebut sahaja mengenai Nippon Sushi dan KC&T Korean Chicken and Tea pastinya ramai dalam kalangan penggemar makanan Jepun dan Korea memilih dua rangkaian restoran ini sebagai destinasi pilihan untuk menjamu selera.
Sejak penubuhannya pada tahun 2018, Nippon Sushi telah melebarkan nama mereka dengan pantas di serata negeri seiring dengan kedai makanan sushi yang terkemuka lain.
Kedai makan Jepun ini tidak asing lagi buat rakyat Malaysia terutamanya kepada penggemar sushi.
KC&T Malaysia pula setakat ini telah membuka 3 cawangan di Malaysia dan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang ramai.
Bagi para peminat Nippon Sushi dan KC&T Malaysia di Bandar Baru Nilai, pembukaan cawangan terbaru di bandar yang terkenal dengan lokasi beli-belahnya yang menjadi tumpuan orang tempatan serta orang luar baru-baru ini pastinya amat dinanti-nantikan.
Lokasi kedua-dua cawangan baru ini terletak betul-betul berhadapan dengan AEON Nilai dan difahamkan sejak pembukaannya ia telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
Berikut kami senaraikan 5 daya penarik Nippon Sushi dan KC&T Malaysia terutamanya buat rujukan anda yang belum berkesempatan menjejakkan kaki ke kedua-dua restoran ini bagi menikmati hidangan makanan Jepun dan Korea mereka yang cukup lazat lagi enak.
1. Restoran makanan halal
Bagi anda yang ingin tahu tentang status halal kedua-dua restoran ini, anda tidak perlu risau kerana Nippon Sushi dan KC&T Malaysia merupakan restoran milik muslim tempatan.
Setiap proses penyediaan makanan sememangnya diperakui halal. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan di mana sebahagian besar daripadanya turut diimport halal dari luar negara.
Kebiasaannya, pembuatan sushi di Jepun sangat sinonim dengan penggunaan bahan utama seperti sake dan mirin (sejenis bahan alkohol). Namun begitu, di Nippon Sushi bahan tersebut ditukar dengan bahan lain yang halal tetapi masih memiliki rasa yang serupa.
Manakala Restoran KC&T Korean Chicken and Tea turut menyajikan pelbagai makanan dari Korea serta minuman dari Taiwan yang cukup terkenal iaitu Taiwanese Pearl Milk Tea yang telah diperakui halal semenjak restoran ini ditubuhkan lagi.
Bersesuaian dengan jumlah pelanggan mereka di Malaysia terdiri daripada orang beragama Islam, kedua-dua restoran ini memastikan semua rangkaian kedainya mempunyai sijil halal serta berkualiti khusus kepada para pelanggan.
2. Tawarkan pelbagai jenis hidangan makanan Jepun dan Korea
Apa yang membezakan Nippon Sushi dengan kedai sushi yang lain adalah hidangannya yang pelbagai. Meskipun perkataan ‘sushi’ yang tertera pada nama restoran ini, menu di Nippon Sushi tidak terhad kepada hidangan itu semata-mata.
Mereka menawarkan lebih daripada 200 jenis menu termasuklah sashimi, udon, ramen, teppanyaki dan banyak lagi.
Selain itu, restoran KC&T Korean Chicken and Tea pula menggabungkan dua menu yang mendapat permintaan tertinggi dalam pasaran Food & Beverages (F&B) di Malaysia iaitu Korean Fried Chicken dan juga Taiwanese Pearl Milk Tea. Kemunculan restoran ini dijamin dapat menambat hati peminat hidangan Korea.
Menariknya, kesemua hidangan yang berada di kedua-dua restoran ini disesuaikan dengan cita rasa masyarakat kita. Setiap hidangan yang disediakan oleh chef tempatan mereka memberi sentuhan istimewa yang boleh membuatkan ia menepati selera orang Malaysia.
Jadi, sekiranya sebelum ini anda kurang menggemari dengan rasa makanan Jepun dan Korea. Namun sekarang anda wajib mencuba makanan di Nippon Sushi dan KC&T Malaysia. Ini kerana rasanya cukup berbeza dengan makanan di restoran-restoran yang lain.
3. Makanan yang wajib anda cuba
Buat anda yang sudah kecur liur membayangkan makanan yang ada di kedua-dua restoran ini. Jom, kami senaraikan pula antara makanan yang wajib anda cuba bila datang ke Nippon Sushi dan KC&T Korean Chicken and Tea.
i. Sushi dan sashimi (Nippon Sushi)

Pasti yang datang ke Nippon Sushi kebanyakannya akan mencuba sushi mereka bukan? Ya, memang tepat sekali kerana terdapat pelbagai aneka sushi yang anda boleh pesan mengikut pilihan selera sendiri.
Untuk yang tidak pernah mencuba sushi, kami mengesyorkan menu Mentai Moriawase yang mengandungi enam jenis sushi yang berbeza.
Keenam-enam sushi itu akan dibakar terlebih dahulu sebelum dihidangkan. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika tidak biasa makan hidangan sushi mentah.
Tetapi untuk mereka yang memang gemar dengan sushi jenis Nigiri, anda wajib cuba untuk menikmati Sashimi pula di Nippon Sushi.
Hidangan Sashimi istimewa terdiri daripada bermacam-macam jenis hidupan laut yang segar. Menyajikan beberapa jenis tekstur yang berbeza iaitu salmon, sotong, tuna dan tuna putih.
Kesegaran rasa kepingan tuna dan salmon mampu membuatkan anda terbayang-bayang seperti berada di tepi laut.
ii. Pelbagai aneka hidangan salmon (Nippon Sushi)

Manakala kepada peminat setia salmon, anda juga memang dialu-alukan untuk datang ke Nippon Sushi kerana terdapat banyak aneka hidangan yang berasaskan salmon di sini.
Bermula sajian appertizer iaitu Salted Egg Salmon Skin yang rangup serta rasa salty akan membuatkan anda tidak berhenti mengunyah.
Kemudian barulah masuk ke hidangan pelengkap Salmon Teriyaki. Menu ini pula memang berbaloi untuk dinikmati jika anda memerlukan hidangan yang mempunyai nasi.
Yang tengah berdiet juga usah risau, anda boleh memesan hidangan Salad dengan memilih dressing kepingan isi mentah salmon atau kulit ikan salmon.
Pelbagai pilihan sajian yang berasaskan salmon ini memang sesuai dan akan menjadi igauan ramai salmon lover di luar sana. Kami jamin anda akan datang berkali-kali untuk merasa setiap hidangan yang mereka sajikan.
iii. Ramen (Nippon Sushi)
Seterusnya, menu popular ramen turut ada disediakan. Menu ramen di sini terdiri daripada tujuh jenis flavour yang berbeza. Ada di antaranya berkuah dan ada juga yang bergoreng.
Kalau teringinkan cabaran untuk rasa kepedasan kuah yang next level, anda wajib cuba Spicy Mala Ramen. Rasa pedas bersama dengan ramen kenyal yang memang akan menambat hati anda yang pertama kali mencubanya.
Mungkin anda tidak suka makan pedas tetapi jangan risau kerana hidangan Miso Ramen dan Shio Ramen ada untuk dinikmati. Kedua-dua hidangan ini pasti memikat hati anda dan sangat memuaskan.
Bayangkan apabila menu ini dihidangkan panas-panas, anda dapat menghirup kuahnya yang kaya dengan rasa seolah-olah mengalir ke dalam perut anda. Pergh, memang tak terkata enaknya!
Tetapi kalau ada yang nak cuba menu mi selain ramen, kami syorkan untuk pesan menu Udon dan juga Zaru Soba.
iv. Korean fried chicken (KC&T)

Di Restoran KC&T Korean Chicken and Tea, menu utama yang menjadi pilihan ramai semestinya ialah ayam goreng Korea mereka.
Menghidangkan ayam goreng yang disaluti dengan pelbagai jenis sos, anda boleh membuat pilihan mengikut cita rasa. Restoran ini bukan sahaja menyediakan satu jenis sos, tetapi terdapat tujuh jenis perisa yang berbeza-beza patut anda cuba.
Antara perisa yang disajikan ialah Original, Soy Garlic Sauce, Hot & Spicy Sauce, Honey Butter Sauce, Butter Cream Sauce, Parmesan Cheese + Sauce dan Barbecue Sauce.
Jika mahu memesan menu ini, anda akan diberikan tiga jenis seleksi set iaitu set 4 keping (2 wingettes dan 2 drumettes), 6 keping (3 wingettes dan 3 drumettes) dan 12 keping (6 wingettes dan 6 drumettes) untuk anda nikmati.
Anda juga boleh menambah sos keju tambahan untuk dimakan bersama Korean Fried Chicken. Jadi, lepas ini sebelum nak layan drama Korea bolehlah feeling-feeling seperti di sana sambil menikmati kerangupan ayam goreng Korea dari KC&T.
v. Pelbagai aneka hidangan berasaskan kimchi (KC&T)

Manakala untuk peminat hidangan yang berasaskan kimchi, anda juga sangat digalakkan untuk datang ke KC&T Korean Chicken and Tea. Ini kerana terdapat pelbagai aneka hidangan yang memang tepat untuk selera anda.
Selalu kita lihat hidangan Kimchi Fried Rice sememangnya salah satu menu yang popular di Korea. Sekarang tidak perlu risau lagi kerana mereka dapat memuaskan craving anda untuk menikmati hidangan ini.
Gabungan kepingan kimchi yang digoreng bersama nasi dan bahan-bahan tambahan lain seperti daging cincang dan juga sayuran memang sangat sedap dan mengenyangkan.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati hidangan berasaskan kimchi yang lain seperti Kimchi Fried Noodle.
Kedua-dua sajian signature orang Korea iaitu kimchi dan ramyeon yang digoreng wajib untuk anda cuba sendiri betapa lazatnya kombinasi ini.
vi. Tteokbokki (KC&T)

Seterusnya, menu street food kegemaran ramai iaitu Tteokbokki turut ada dihidangkan di sini. Dengan mengikut resipi klasik orang Korea, gerenti akan buatkan anda semua mengidam nak lagi dan lagi.
Anda juga boleh add-on dengan seleksi hidangan sampingan pilihan lain untuk melengkapkan lagi sajian anda.
4. Servis hidangan menarik dengan elemen robotik di Nippon Sushi

Bukan hanya sekadar memfokuskan kepada kualiti makanan yang ditawarkan sahaja, Nippon Sushi turut memberi penekanan mengenai cara hidangan mereka.
Antara tarikan di Nippon Sushi adalah memperkenalkan sistem penghantaran makanan automatik. Selain daripada conveyer belt sushi, mereka turut menggunakan robot untuk menghantar pesanan kepada para pelanggan.
Keterujaan para pelanggan ketika berkunjung ke sini apabila melihat makanan mereka dihidangkan dengan cara begitu bukan sahaja menarik minat mereka, malah makanan itu dapat dihidangkan dengan pantas.
Selain itu, e-menu juga disediakan untuk memesan makanan. Para pelanggan hanya perlu mengimbas QR code yang ada di meja dan boleh terus memesan makanan satu persatu.

Mudah sahaja, tekan menu yang anda inginkan kemudian tunggu sehingga makanan anda dihidangkan.
Secara tak langsung, kesemua kemudahan ini memastikan produktiviti berada pada tahap optimum selain mendorong inovasi teknologi.
Dalam masa yang sama, ianya sejajar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 untuk mengurangkan interaksi face-to-face antara pelanggan dan pekerja.
5. Terminal tempahan layan diri di KC&T Malaysia

Kemudahan terminal tempahan layan diri turut menjadi daya penarik di KC&T Korean Chicken and Tea.
Seiring dengan pemilihan konsep fast food yang dibawa pada restoran ini, mereka juga menyediakan mesin layan diri yang mula popular digunakan pada kedai makan fast food yang lain seperti McDonalds.
Penggunaan terminal layan ini amat menjimatkan masa mengambil pesanan terutama sekali buat pelanggan yang ingin bergegas ke tempat lain.
Tanpa tunggu beratur panjang di kaunter, anda boleh memesan menu di terminal ini dengan lebih cepat dan mudah.
Pengguna boleh memilih sama ada mahu dine-in atau takeaway dan terus proceed denganmenu yang anda inginkan. Senang bukan?
Terdapat juga cara pembayaran yang berbeza iaitu secara tunai, kad dan sebagainya.
Kemudahan perkhidmatan ini sangat bagus untuk fasa pandemik sekarang yang memerlukan kita untuk menghindari situasi sesak dengan orang ramai.
Jadi anda tidak perlu bimbang lagi kerana dengan adanya servis moden ini, para pelanggan dapat menikmati pelbagai K-Food yang sedap dan berpatutan dalam suasana penuh santai dan selesa.
Pembukaan Nippon Sushi dan KC&T Malaysia di Bandar Baru Nilai

Berita baik buat semua peminat sushi dan makanan Jepun serta peminat makanan Korea di Negeri Sembilan terutamanya yang berada sekitar Nilai.
Pada 8 Januari yang lalu, KC&T Malaysia telah membuka cawangan ketiganya di Bandar Baru Nilai.
Bertempat di lokasi yang sama juga Nippon Sushi telah melebarkan sayap ke sana pada 28 Januari yang lalu.
Sebelum ini, Nippon Sushi turut membuka cawangan di Seremban Gateway pada tahun 2019. Kini mereka ke lokasi hotspot yang seterusnya di negeri ini.
Berhadapan dengan Aeon Mall Nilai, bangunan Nippon Sushi dan KC&T Korean Chicken and Tea yang saling bersebelahan sangat mudah untuk dicari kerana kawasannya yang strategik itu.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat di media sosial rasmi Nippon Sushi:
Alamat Nippon Sushi Nilai: Ground Floor, PT. 7260, Jalan BBN 1/2a, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Waktu operasi Nippon Sushi: Setiap hari (11:30 pagi- 10 malam)
Instagram: www.instagram.com/nipponsushi_my
Facebook: www.facebook.com/NipponSushiMY/
Twitter: www.twitter.com/nipponsushi_my
Website: nipponsushi.com.my
Anda juga boleh lihat di media sosial rasmi KC&T Korean Fried Chicken and Tea:
Alamat KC&T Nilai: PT. 7260, Ground Floor, Jalan BBN 1/2A Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan (Landmark: Sebelah Nippon Sushi Nilai)
Waktu operasi KC&T Malaysia: Setiap hari (11:30 pagi- 9 malam)
Facebook: https://www.facebook.com/KCT-Malaysia-100292675496461/
Twitter: https://twitter.com/kct_my
Instagram: https://www.instagram.com/kct_malaysia/
Website: http://www.kctmalaysia.com.my