Nippon Sushi Bakal Buka Cawangan Baharu Di Kuantan 9 Oktober Ini

Berita baik buat semua peminat sushi dan makanan Jepun di Kuantan kerana Nippon Sushi yang mengetengahkan masakan dari negara matahari terbit bakal melebarkan sayap ke sana pada 9 Oktober ini.

Untuk rekod, Nippon Sushi telah beroperasi dari tahun 2018 dan cawangan di Kuantan ini bakal menjadi cawangan ke-14 mereka. Pembukaan cawangan baharu ini selari dengan hasrat pengarah syarikat itu iaitu Siti Noraini Nuawi yang mahu melihat Nippon Sushi ada di setiap ibu negeri dalam Malaysia.

Nippon Sushi tawarkan lebih 200 jenis menu

Meskipun perkataan ‘sushi’ tertera pada nama restoran ini, menu di Nippon Sushi tidak terhad kepada sushi semata-mata. Terdapat lebih daripada 200 jenis menu yang ditawarkan di sini termasuklah sashimi, udon, tempayaki dan banyak lagi.

Menariknya, kesemua menu di Nippon Sushi disediakan oleh chef tempatan dan disesuaikan dengan selera masyarakat kita. Jadi, sekiranya sebelum ini anda berasakan yang makanan Jepun tidak kena dengan selera, anda wajib cuba makanan di Nippon Sushi kerana rasanya cukup berbeza dengan makanan di restoran-restoran Jepun yang lain. Dalam erti kata lain, menu yang ditawarkan di Nippon Sushi kena dengan tekak orang Malaysia.

Restoran sushi halal pertama di Malaysia

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang status halal restoran ini, anda tidak perlu risau kerana bahan-bahan yang digunakan di mana sebahagian besar daripadanya diimport dari luar negara sememangnya diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bahan utama seperti sake dan mirin (sejenis bahan alkohol) yang memang cukup sinonim dengan pembikinan sushi di Jepun pula ditukar dengan bahan lain yang halal dan memiliki rasa yang serupa.

Guna robot untuk hantar pesanan

Selain makanan yang enak, antara tarikan lain di Nippon Sushi adalah mereka menggunakan robot untuk menghantar pesanan kepada para pelanggan. Robot penghantar makanan ini terdapat di kesemua cawangan Nippon Sushi termasuklah di Kuantan nanti.

Sumber: Facebook Nippon Sushi Malaysia

Di samping itu, kelebihan Nippon Sushi turut terletak pada hiasan dalaman restorannya di mana susun atur perabot yang menarik sekali gus memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang menjamu selera di sini. Suasana yang tenang dan damai ini juga menjadikan Nippon Sushi sesuai untuk semua lapisan umur termasuklah keluarga.

Diskaun 14 peratus menanti anda

Sempena pembukaan cawangan baharu di Kuantan, anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak 14 peratus untuk semua menu di mana-mana cawangan Nippon Sushi yang berdekatan dengan kod diskaun NIPPONSUSHI14. Tawaran ini hanya sah pada 9 Oktober 2020 dan dine-in sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat di media sosial rasmi Nippon Sushi:

Instagram: www.instagram.com/nipponsushi_my

Facebook: www.facebook.com/NipponSushiMY

Twitter: twitter.com/nipponsushi_my

Artikel Lain Untuk Di Baca