Nilai Yang Tidak Dijangka, Kad Pokemon Cecah Harga RM6.84 Juta

pokemon

Kad-kad keluaran satu siri permainan dari Jepun, Pokemon dianggarkan bernilai sehingga £1.2 juta (RM6.84 juta), lapor akhbar Mirror UK Rabu lepas.

Sebelum adanya zaman teknologi permainan maya, Pokemon banyak mengeluarkan permainan kad yang menjadi tarikan para peminat mereka.

Kad permainan itu telah dilancarkan sejak tahun 1996 dengan penjualan sebanyak 34.1 bilion kad di seluruh dunia.

Sesetengah kad ini tidak bernilai apa-apa tetapi kebanyakannya mempunyai nilai yang tinggi kepada pembeli yang betul.

Kadangkala kad edisi terhad yang jarang ditemui juga menyebabkan harga penjualan kad itu semakin meningkat.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman web kewangan, Money.co.uk yang bertindak menganalisis harga penjualannya di sebuah laman penjualan dalam talian iaitu eBay.

“Kad-kad Pokemon telah berkembang pesat sebagai pelaburan alternatif yang terkenal.

Permainan yang mempunyai nostalgia tersendiri ini menarik imaginasi ramai peminat disebabkan gabungan watak yang ikonik sehingga mereka sanggup membelanjakan wang untuk mengumpulkannya,’’ jelas pakar kewangan Money.co.uk, Salman Haqqi.

Antara harga kad yang disenaraikan adalah watak Pikachu berharga £1.2 juta (RM6.84 juta), Kangaskhan £350,000 (RM1.99 juta), Blastoise dan Venusaur yang bernilai £185,868 (RM1.06 juta).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca