“Impian saya lebih besar dari kesalahan yang saya lakukan”, kata Renato Da Silva.

Walaupun masih perlu melalui 10 tahun lagi hukuman di penjara, cita-cita untuk menjadi seorang peguam tidak pernah padam dalam diri beliau.

Renato Da Silva merupakan seorang penghuni dan juga pelajar di Persatuan Perlindungan dan Bantuan Kepada Banduan atau lebih dikenali sebagai Association for Protection and Assistance to Convicts (Apac) di Brazil. Ia merupakan sebuah penjara dengan sistem yang sangat berbeza dengan penjara biasa di Brazil. Untuk pengetahuan para pembaca, Brazil terkenal dengan kekerasan dan rompakan.

Para banduan diberi kebenaran untuk memakai baju milik sendiri dan dipanggil dengan nama sebenar serta bukan kod nombor seperti di penjara lain. Kunci untuk pintu utama penjara tersebut dipegang oleh banduan yang sudah pulih dan mampu memikul tanggungjawab untuk mengawal banduan lain. Brazil mempunyai populasi banduan yang keempat terbesar di dunia. Rusuhan kerap kali berlaku sehingga mengakibatkan kematian.

Namun di Apac, suasana sangat berbeza, maruah mereka dikembalikan dan dilayan sebagai seorang manusia yang mempunyai hak yang sama seperti orang lain. Seorang hakim bernama Paulo Antonio berpendapat bahawa apabila seseorang itu dihukum bersalah dan dimasukkan ke dalam penjara, seharusnya hanya kebebasan fizikal yang ditarik dan bukan hak-hak asas mereka sebagai seorang manusia. Hal ini supaya tidak memberi bebanan kepada banduan, jika tidak mereka boleh bertindak di luar kawalan.

Kata seorang penghuni di Apac yang merupakan seorang ibu berusia 26 tahun telah mengembalikan maruahnya sebagai seorang wanita. Dia dibenarkan memiliki cermin dan dapat melihat raut wajahnya sebagai seorang wanita.

Di dinding bangunan Apac juga terdapat falsafah tertulis; “Hanya orang yang masuk, kesalahannya tertinggal di luar”

Daripada pernyataan tersebut bermaksud banduan yang melakukan kesalahan yang sangat dahsyat, apabila berada di Apac berasa sangat selamat dan tenang. Mereka diajar untuk membangunkan diri, menghormati diri dan orang di sekeliling dalam masa yang sama menyumbang kepada masyarakat di luar. Mereka menghasilkan bahan-bahan buatan tangan yang dapat dijual di luar seperti sabun, roti untuk kanak-kanak sekolah serta bahan-bahan plastik untuk perusahaan kereta.

Sebenarnya bukan di Apac sahaja yang menjalankan sistem baru bagi para banduan. Usaha yang lebih menarik juga ada dilakukan di beberapa penjara lain. Hukuman dapat dikurangkan apabila mereka membaca buku dan menulis laporan. Dengan cara tersebut, banduan yang keluar dari penjara kelak adalah banduan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih luas tentang dunia dan rusuhan tidak akan berlaku lagi.

Semoga para pembaca dapat memanfaatkan segala maklumat yang diberikan. Jangan lupa ikuti Lejen Press di Telegram segala informasi menarik menanti anda.

Sumber: The Guardian


Ikuti kami di ruang internet.
Telegram @LejenPress. // Facebook /LejenPress. // Twitter @lejenpress. // Instagram @lejenpress
(Jumlah bacaan sebanyak 79 kali, dibaca 1 kali pada hari ini)