Nilai Eksport Sarung Tangan Getah Malaysia Dijangka Melebihi RM20 Bilion Tahun Ini

Malaysia merupakan pengeluar terbesar sarung tangan getah di dunia. Dijangkakan jumlah eksport pada tahun ini sebanyak 225 bilion unit dengan nilai lebih RM20 bilion, menurut Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi iaitu Willie Mongin.

Beliau berkata bahawa jangkaan itu mengatasi angka eksport pada tahun 2019 iaitu 170 bilion unit yang menjana pendapatan sebanyak RM17.3 bilion.

“Industri sarung tangan getah negara kita amat penting kerana eksport dari Malaysia memenuhi 65 peratus daripada permintaan global,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Willie berkata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) pula menganggarkan keperluan global bagi sarung tangan getah adalah sebanyak 330 bilion unit.

Beliau berkata Malaysia juga merupakan pembekal utama sarung tangan getah kepada sektor perubatan yang kini mengalami keadaan kritikal berikutan pandemik COVID-19.

Beliau berkata lagi, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kesihatan bersetuju menyenaraikan kilang peralatan perubatan dan pembedahan terutama pembuatan sarung tangan untuk terus menjalankan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Saya ingin menasihatkan semua pengusaha getah yang beroperasi dan mendapat kelonggaran semasa wabak COVID-19 ini supaya sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Ini bagi membolehkan mereka beroperasi tanpa menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,” ujarnya.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca