Nilai Cecah RM1.9 Juta, Burung Helang Catat Rekod Termahal Di Dunia

Seekor burung helang yang bernilai jutaan ringgit terjual dalam satu acara lelongan di Arab Saudi tular baru-baru ini.

Helang yang dinamakan Ab Ultra White Gyrfalcon itu dibeli dengan harga mencecah AS$464,4000 (RM1.9 juta) dan sekaligus mencatat rekod sebagai burung termahal di dunia pada masa sekarang.

Helang merupakan spesies burung pemangsa atau karnivor dan mempunyai sepasang kaki yang kuat dan berkuku tajam bagi membolehkannya untuk mencengkam mangsa.

Selain itu, spesies ini dikatakan mempunyai daya penglihatan yang tinggi bagi membolehkannya melihat serta mencari mangsanya dari jarak jauh.

nilai-cecah-rm-1.9-juta-burung-helang-catat-rekod-termahal-di-dunia
Sumber: Sinar Harian

Acara lelongan burung spesies itu dianjurkan oleh Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa (IFBA) yang berlangsung di ibu pejabat Burung Arab Saudi Malham, utara Riyadh.

Dilaporkan, acara tersebut disiarkan secara maya dan sudah berlangsung sejak bulan lepas lagi.

nilai-cecah-rm-1.9-juta-burung-helang-catat-rekod-termahal-di-dunia
Sumber: Tempo

Helang yang dikenali sebagai Ab Ultra White Gyrfalcon mempunyai berat 980 gram dan tinggi 42 sentimeter. Ia berasal dari Ladang Helang Barat Laut Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Difahamkan, pada hari kelapan acara lelongan tersebut, burung helang tersebut telah mengatasi rekod sebelumnya iaitu Super White Gyrfalcon dari penternak berpangkalan di Kanada dijual pada harga AS$93,347 (RM386,129).

Memetik laporan Saudi Press Agency, jurucakap Kelab Falcon Saudi, Walid Al-Taweel berkata, acara lelongan itu bermula pada hujung bulan lepas telah menghimpunkan penternak-penternak burung dari 14 buah negara.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca