Nikmati Raja Segala Buah Secara Percuma Di Pesta Musang King Hujung Minggu Ini

Musim durian telah kembali lagi. Pergi sahaja mana-mana, pasti terhidu bau durian. Malah, ketika inilah muncul pelbagai menu berasaskan durian termasuklah burger durian. Kadang-kadang, menu yang diketengahkan memang tidak tercapai dek akal, tapi masyarakat Malaysia dan kreatif memang berpisah tiada kalau bab-bab makanan.

Namun begitu, tiada masakan apa pun yang dapat menandingi rasa durian yang asli. Ia lagi sedap dimakan begitu sahaja. Dalam erti kata lain, tidak perlu tunggu durian itu dicampurkan ke dalam makanan untuk menikmati kesedapannya.

Apa yang lagi best tentang durian? Sudah semestinya apabila ia diberikan secara percuma!

Berita baik buat anda semua yang merupakan peminat tegar durian! Matrix Concepts bakal menganjurkan Pesta Musang King di Residensi SIGC yang bertempat di Seremban, Negeri Sembilan pada 20 Julai ini. Terdahulu, pesta ini telah diadakan di Ara Sendayan pada 13 Julai lepas.

Mereka yang berkunjung ke pesta ini akan dapat menikmati durian Musang King secara percuma! Malah, Matrix Concepts turut menyediakan buah-buahan tempatan lain termasuklah manggis, rambutan, buah naga dan pisang. Menariknya, kesemua buah-buahan ini juga percuma!

Selain itu, aiskrim durian juga menanti anda di Pesta Musang King ini. Aktiviti-aktiviti menarik untuk seisi keluarga juga bakal diadakan seperti persembahan magik, Inflatable Castle, Balloon Sculpture, Sand Art, seni lukisan muka dan banyak lagi.

Pesta Musang King
Masa: 11.00 am-3.00 pm (Sementara stok masih ada)
Lokasi: Residensi SIGC, Seremban, Negeri Sembilan (20 Julai 2019)

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati raja segala buah secara percuma!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca