Nicki Minaj Cetus Kontroversi Di Festival Terbesar Arab Saudi

Penyanyi rap sensasi Amerika Syarikat, Nicki Minaj bakal membuat persembahan di Stadium Sukan Raja Abdullah sempena Jeddah World Festival yang akan berlangsung bulan ini.

Menurut penganjur, bintang popular ini akan menjadi tumpuan utama oleh pengunjung di festival itu pada 18 Julai nanti.

Berita penglibatan Minaj dalam festival tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai di media sosial.

Rata-rata terkejut dan kecewa apabila bintang popular itu dijemput oleh pihak Arab Saudi untuk membuat persembahan di negara konservatif dan terkenal dengan pengekangan elemen hiburan sejak beberapa dekad lalu.

Malah, ada pihak yang cuba melakukan provokasi dengan menghasilkan ilustrasi lukisan di laman Twitter apabila penganjur menggesa pengunjung wanita yang hadir ke konsert tersebut dengan memakai jubah dan abaya.

Selebriti Nickki Minaj cukup terkenal dengan gaya provokatif yang sering memaparkan imej menjolok mata dan menonjolkan bentuk badannya yang seksi itu.

Bagaimanapun, dikhabarkan konsert itu akan diselaraskan dengan undang-undang yang bebas alkohol dan dadah serta terbuka kepada orang ramai berusia 16 tahun ke atas sahaja.

Antara artis lain yang akan membuat persembahan di festival nanti ialah artis British, DJ Amerika Steve Aoki serta bintang popular K-Pop, kumpulan Super Junior.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca