Nike Lancarkan Pakaian Renang Baharu, Wanita Malaysia Ini Model Untuk Koleksi Tersebut

Siapa sahaja yang tidak kenal Nike? Terkenal dengan slogan “Just Do It”, Nike lancarkan koleksi pakaian renang baharu untuk wanita Muslim dan ia turut hadir bersama tudung kalis air.

Koleksi kalis air yang dinamakan Victory Swim itu hadir lengkap dengan seluar legging, baju dan juga tudung selepas kejayaan Nike Pro Hijab yang mula dijual pada tahun 2017.

Namun, apa yang lebih menarik tentang Victory Swim ialah modelnya iaitu Arinna Erin Wira merupakan seorang warganegara Malaysia yang melanjutkan pelajaran di United Kingdom!

Beliau merupakan seorang model yang bernaung di bawah sebuah agensi pengurusan bakat dan model di England iaitu BAME Model & Talent Management. Agensi ini bertanggungjawab untuk menjaga semua modelnya yang mempunyai latar belakang di luar Eropah.

Arinna memuat naik sebuah video di laman Instagramnya berserta kapsyen, “Semua yang saya berjaya capai pada hari ini adalah kerana rasa tidak puas dengan diri sendiri.”

Arinna turut berkata bahawa mindanya selalu menjadi penghalang walaupun dirinya mahukan cabaran kerana dia selalu membandingkan diri sendiri dengan orang lain.

Namun, beliau gunakan perkara tersebut sebagai motivasi untuk keluar daripada semua sikap negatif yang ada pada diri sendiri.

View this post on Instagram

Just Do It ••• Everyone has their own insecurities. One of mine is my body. It’s the body strength and stamina that I don’t possess. I’m on a journey to build my self confidence through keeping fit. It builds my physical and mental strength. Most of you know how much I struggle to be consistent in working out or even eating healthy, why? It’s because I didn’t have enough trust or discipline in myself, I doubted myself and thought that I’d never be able to keep up without even trying it out first. Constantly comparing myself to others and complaining that I will never reach that goal that I desired. I was lazy and negative. That’s the truth. I complained for so long but had the least effort to do anything about it. What changed? I was tired of making up excuses, bored out of my minddddd, and I wanted a challenge. I’m a sore loser, so I used that as a form of motivation. Got my butt up and joined BRC @beni.lab , signed up to multiple classes just to see what suits me best and just have fun with it. Excuses and self doubt slowed me down, that ends now.

A post shared by Arinna Erin Wira (@arinna.erin) on

Dalam pada itu, Arinna yang pernah memasuki senarai 50 Wanita Tercantik yang diterbitkan oleh majalah Female pada tahun 2017 baru sahaja menamatkan pengajiannya di Brunel University London.

Pada pendapat anda, adakah usaha murni Nike ini merupakan satu langkah yang perlu dicontohi oleh jenama besar lain?

Artikel Lain Untuk Di Baca