Nickelodeon Umum SpongeBob SquarePant Sebenarnya ‘Gay’

Baru-baru ini saluran Nickelodeon mengumumkan mengenai seksualiti watak kartun popular SpongeBob SquarePants yang mengejutkan orang ramai.

Menerusi pengumuman itu, saluran itu mengakui SpongeBob merupakan karakter gay.

Selain daripada SpongeBob, terdapat dua lagi karakter yang turut diumumkan dalam ciapan sama. Ia merupakan watak Schoz Schwartz dari Henry Danger dan Korra dari The Legend of Korra.

Susulan daripada pengumuman itu, Nickelodeon membuat keputusan untuk menutup ruang komen bagi mengelak berlakunya pertelingkahan di antara peminat.

Rata-rata warganet kemudian membuat ciapan untuk membincangkan hal ini.

Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Hal ini demikian kerana, ia disifatkan sebagai membelakangi ciptaan asal karakter itu.

“Pencipta watak sudah nyatakan SpongeBob bukan gay. Sekarang bila penciptanya sudah tiada, Nickelodeon tampil dengan perkara ini. Ia mengarut,” kata seorang pengguna Twitter.

Ini merupakan reaksi daripada warganet yang lain di media sosial:

Pengumuman ini dikatakan sempena Pride Month yang kini sedang disambut di luar negara terutama sekali di Amerika Syarikat.

Semestinya dengan pengumuman ini, ia mengejutkan majoriti yang tidak bersetuju apabila watak kartun yang digilai oleh kanak-kanak itu dikatakan homoseksual. Ini kerana terdapat perbezaan pendapat dan penerimaan pada golongan LGBTQ di seluruh dunia.

Untuk membaca artikel lain berkaitan siri animasi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca