Seorang YouTuber Malaysia Aqil Zulkiflee telah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi trofi Fav Asian Creator pada acara berprestij Nickelodeon Kid’s Choice Awards (KCA) 2023.

Aqil atau nama sebenarnya Ahmad Aqil Zulkiflee berasa sangat bangga dan terharu kerana usahanya berbaloi apabila tidak putus memohon ramai untuk mengundinya dalam acara itu.
Aqil telah memiliki 1.73 juta pengikut di laman YouTube dan video yang dihasilkannya mencecah jutaan tontonan. Kebanyakan pengikutnya merupakan kanak-kanak dan remaja yang gemar melihat kreativiti dan juga keletah perkongsiannya.
Lelaki berumur 27 tahun itu berasa gembira dan memanjat rasa syukur akan kejayaan itu di laman Instagram.

“Terima kasih kepada semua yang sudah mengundi saya. Adalah satu kebanggaan besar untuk saya dapat mewakili Malaysia.
“Akhirnya ia (trofi) milik saya,” katanya yang berjaya menewaskan tiga
“Kemenangan itu memang besar maknanya buat saya untuk menjadi batu loncatan untuk ke tahap lebih jauh sebagai YouTuber. Disebabkan itu saya benar-benar lakukan yang sebaiknya untuk ajak orang undi saya,” katanya.

Kemenangan Aqil itu telah menewaskan nama-nama besar seperti wakil daripada negara seperti Gen Halilintar (Indonesia), Hikakin (Jepun), dan Niana Guerrero (Filipina).
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: