Pasangan selebriti terkenal antarabangsa iaitu Nick Jonas dan Priyanka Chopra akhirnya bersedia untuk mendedahkan wajah anak perempuan mereka iaitu Malti Marie Chopra Jonas.
Nick dan Priyanka sebelum ini memilih untuk menutup wajah puteri sulung mereka dengan meletakkan emoji setiap kali membuat hantaran di media sosial.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Priyanka berkongsi video ketika dia hadir ke majlis rasmi Walk of Fame Hollywood bersama anaknya. Malti dilihat menggayakan jaket dan skirt yang dipadankan dengan hiasan kepala.
Memetik laporan Daily Mail, Malti yang kini berusia satu tahun membuat kemunculan pertama di khalayak ramai untuk meraikan kejayaan kumpulan bapanya iaitu Jonas Brothers meraih bintang Hollywood Walk of Fame pada 31 Januari lalu.
Kumpulan yang dianggotai oleh Kevin, Joe dan Nick telah diberi penghargaan untuk diabadikan nama mereka di Hollywood Walk of Fame menerusi majlis rasmi itu.

Nick turut menyebut nama anaknya sebagai tanda penghargaan ketika memberikan ucapan di acara berkenaan dengan berkata, “Malti Marie, saya tidak sabar untuk kembali ke sini bersama kamu 15 tahun lagi dan memalukan kamu di hadapan rakan-rakan kamu.”
Dalam pada itu, Nick turut menyebut nama isterinya sebagai tanda penghargaan dengan berkata, “Kepada isteri saya yang cantik, kamu adalah tenang dalam kegilaan, batu dalam badai dan saya cukup suka berkahwin dengan kamu.
Kamu adalah anugerah terhebat yang saya miliki. Saya suka dapat menjadi bapa kepada anak kita.”

Untuk rekod, Nick dan Priyanka mengikat tali perkahwinan pada 1 Disember 2018 dan menyambut kelahiran cahaya mata mereka melalui kaedah ibu tumpang pada 2022.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: