Niat Untuk Merawat Ibu Bapa, Jururawat Ini Kongsi Kisah Di Sebalik Kerjayanya

Berkhidmat hampir 3 tahun sebagai penjawat awam, seorang jururawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang iaitu Rashidah mengatakan bahawa menjadi seorang jururawat adalah pekerjaan yang mulia yang membolehkan beliau untuk merawat ibu bapanya.

Bercerita mengenai penglibatan awal sebagai jururawat, anak ke-3 daripada 5 beradik ini berkata, dia sudah biasa dengan keadaan dan suasana di hospital tersebut kerana dia juga telah membesar di daerah tersebut. Jadi, tiada masalah bagi jururawat kelahiran Temerloh ini untuk berkomunikasi dengan pesakit-pesakit di situ.

“Saya seronok bekerja sebagai jururawat. Walaupun mempunyai pengalaman yang tidak begitu lama, saya suka bercakap dengan pesakit-pesakit untuk memberi kata-kata semangat kerana saya seorang yang peramah,” katanya.

Cabaran yang diharungi membuatkan Rashidah ini lebih matang dalam setiap skop pekerjaannya. Rashidah berkata, cabaran daripada segi pengurusan ini amatlah berat baginya. Walau bagaimanapun, ia sudah menjadi lumrah terhadap seorang penjawat awam.

Rashidah menjelaskan bahawa bekerja sebagai seorang jururawat memberinya satu kepuasan dan dia juga ingin terus berkhidmat sebagai seorang jururawat sehingga melangkah ke pencapaian seterusnya.

Penulis

  • Nur Syaidatul Asyiqin Mohamad Sabri adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca