Niat Tuntut Hutang Bertukar Menjadi Tragis, Lelaki Ini Maut Ditikam Oleh Rakannya Sendiri

Kejadian berlaku berhampiran menara jam di hadapan kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang melibatkan seorang lelaki maut akibat ditikam oleh rakannya sendiri.

Mangsa bernama Mohamad Nurulhudin Ismail berusia 31 tahun disahkan meninggal di tempat kejadian selepas terkena tikaman pada bahagian kanan dadanya.

Difahamkan bahawa punca kejadian berlaku disebabkan oleh pertengkaran yang tercetus antara kedua-duanya selepas mangsa menuntut hutang tersebut.

Walau bagaimanapun, penghutang bertindak menikam mangsa sehingga rebah lalu melarikan diri bersama seorang lagi temannya.

Menurut laporan Awani, pelaku telah membuang pisau sepanjang 28 sentimeter di sebuah restoran yang terletak kira-kira 70 meter dari tempat kejadian.

Tragedi pembunuhan ini disahkan berlaku oleh pihak berkuasa apabila semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) turut memperlihatkan perkara yang sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kini, polis sedang memburu dua suspek berkenaan yang dipercayai berusia 33 dan 35 tahun atas kesalahan membunuh.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca