Niat Mahu Hiburkan Peminat, BTS Kongsi Siri Konsert Percuma

Siapa sahaja yang tidak kenal akan Bangtan Boys atau lebih sinonim dengan panggilan BTS? BTS menerusi pengumuman di laman Twitter bakal memberikan koleksi konsert secara percuma kepada Army!

Berita baik buat para peminat kerana mereka boleh menonton koleksi konsert atas nama Bang Bang Con itu di rumah dengan melayari saluran YouTube rasmi kumpulan pujaan ramai tersebut iaitu BANGTANTV pada Sabtu (18 April) dan Ahad (19 April) ini.

Untuk pengetahuan anda, beberapa konsert yang termasuk dalam koleksi itu adalah BTS Live: The Most Beautiful Moment in Life On Stage (2015) dan BTS Live Trilogy Episode III The Wings Tour In Seoul (2017).

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata peminat kelihatan teruja dengan pengumuman Bang Bang Con ini:

Dalam pada itu, BTS melancarkan album studio Korea keempat mereka iaitu Map of the Soul: 7 pada Februari lalu.

Mengikut perancangan, kumpulan K-Pop terkenal itu dilaporkan mahu melancarkan konsert jelajah dunia mereka pada bulan ini selain beraksi di Stadium Olimpik, Seoul. Walau bagaimanapun, semua projek itu terpaksa dibatal atau ditangguhkan berikutan penularan COVID-19.

Apa-apa pun, patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan BTS, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca