Nasib malang menimpa seorang wanita apabila kepalanya terputus dalam tragedi ngeri di lif sebuah kilang. Insiden ini didedahkan oleh pasukan penyiasat di India.

Menurut pihak polis, wanita berkenaan mahu naik ke tingkat 3 dan ketika itulah, kepalanya tersangkut lalu putus.

Mangsa yang berusia 48 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak polis juga memberitahu bahawa kepala mangsa yang berasal dari Uttar Pradesh itu ditemui di tingkat bawah manakala badannya pula berada di dalam lif menuju ke tingkat 3.

Insiden ngeri itu dipercayai berlaku di sebuah kilang membuat plastik bertempat di bandar Vadodara pada Isnin.

Polis percaya bahawa punca kejadian adalah earphone yang dipakai oleh mangsa di mana ia tersangkut pada lif sekali gus membuatkan kepalanya turut tersangkut dan putus.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda