Ngeri! Janin Wanita Ini Terkeluar Dalam Nahas Jalan Raya

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas, Rantau Panjang berhampiran Hospital Pasir Mas awal pagi tadi.

Pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian. Bertambah menyedihkan apabila janin yang berusia 5 bulan dalam kandungan mangsa terkeluar akibat impak kemalangan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner ASP Abdullah Mohd Piah yang mengesahkan kejadian berkata kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan motosikal yang dinaiki mangsa.

Hasil siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun dari Rantau Panjang ke Pasir Mas.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta berkenaan ingin memotong kenderaan lain di laluan yang sama. Bagaimanapun pemandunya gagal mengawal kenderaan hingga merempuh motosikal yang dinaiki pasangan berkenaan dari arah bertentangan,” kata Abdullah.

Tambahnya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca