Ngeri! Ini Adalah 12 Serangga Yang Boleh Hidup Dalam Tubuh Badan Manusia

Tahukah anda, tubuh kita adalah untuk hidupan lain? Di setiap sudut tubuh kita terdapat pelbagai mikroorganisma yang hidup dan bersarang bermula dari organ hingga ke kulit.

Bukan saja mikroorganisma, tapi haiwan juga boleh tinggal dan hidup dalam badan kita. Sebilangan besar adalah parasit dan ada juga yang boleh dikatakan sesat. Berikut adalah beberapa haiwan yang boleh hidup dalam badan manusia.

1. Kutu rambut

Mereka yang jarang atau tidak pernah mencuci rambut cenderung dijadikan tempat tinggal haiwan ini. Kutu adalah bahaya kerana ia boleh berpindah ke rambut orang lain.

2. Kutu pasir

Kutu pasir dikenali sebagai ektoparasit. Ia akan mendarat di kulit yang terdedah umumnya di telapak kaki. Ia akan menghisap darah dan bertelur.

3. Cacing tambang

Parasit ini dijumpai di Asia, Afrika dan Timur Tengah dan ia sering datang melalui kulit. Orang yang kurang menjaga kebersihan terutamanya jika berjalan tanpa alas kaki berisiko tinggi terkena penyakit cacing tambang.

4. Cacing pita

Cacing pita boleh tinggal di dalam usus melalui telur atau larva cacing di dalam makanan atau air yang tercemar.

5. Cacing filaria

Penyakit kaki gajah adalah disebabkan oleh cacing filaria yang datang daripada pelbagai jenis nyamuk. Ia boleh mengakibatkan risiko cacat kekal jika tidak ditangani dengan cepat.

6. Cacing pipih

Cacing pipih merupakan haiwan invertebrat yang tidak bersegmen dan berbadan lembut. Ia juga boleh muncul di bahagian mata penghidapnya.

7. Dermatobia Hominis

Spesies lalat ini dapat bertelur di dalam badan manusia selama 10 minggu dan akan memberi jangkitan.

8. Maggot

Maggot digunakan sebagai teknik perubatan untuk menyingkirkan daging busuk. Tetapi ia sering digunakan disebabkan oleh perkara lain.

9. Vandellia Cirrhosa

Ia juga disebut sebagai candiru. Ikan kecil ini sering dilaporkan memasuki tubuh manusia melalui kemaluan kerana membuang air kecil di sungai Amazon.

10. Kudis

Siapa sangka bahawa penyakit kulit ini adalah penyakit tungau yang terdapat di lapisan luar kulit kita.

11. Lintah

Terdapat kes sebelum ini, lintah dijumpai di badan seorang wanita yang pada mulanya menganggapnya sebagai gumpalan darah.

12. Lipas

Di China, terdapat kes seorang lelaki yang ‘membesarkan’ 25 anak lipas dalam telinganya.

Tidak semua orang tahu bahawa 12 haiwan ini boleh hidup di dalam badan manusia bukan? Semoga haiwan-haiwan ini tiada dalam tubuh kita.

Penulis:

  • Fatin Amirah Syazwani Binti Amirudin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca