Ngeri, Gunting Tertinggal Dalam Perut Ibu Kepada Tujuh Orang Anak

gunting dalam perut

Seorang wanita telah mengalami sakit yang luar biasa setelah melakukan pembedahan untuk membuang lebihan kulit, ternyata terdapat gunting dalam perutnya.

Nurcihan Ogmen, 61, dari wilayah Aydin di barat daya Turki telah dimaklumkan sakit yang dirasainya selepas pembedahan dijalankan adalah normal.

Hal tersebut telah dimaklumkan oleh doktor yang membedahnya di sebuah hospital swasta pada 5 Mac lepas.

Menurut laporan berita tempatan AHaber, pembedahan tersebut berlangsung selama lima jam sebelum Nurcihan dibenarkan pulang keesokkan hari.

Namun, dia telah kembali ke hospital tersebut kerana perutnya membengkak dan sakit perut yang melampau.

Tetapi doktor tersebut berkata perkara tersebut adalah perkara biasa dan ia akan beransur pulih.

“Sakit tersebut menjadi lebih parah sampaikan saya melakukan pemeriksaan pada setiap minggu.

Doktor tidak percaya dengan saya dan mengatakan saya perlu bersabar lalu menyuruh saya pulang,” ujarnya, dipetik dari Mirror.

Beliau kemudian pergi ke hospital lain bersama suami untuk menjalankan pemeriksaan susulan kerana sakitnya tidak berkurang setelah dua bulan.

Alangkah terkejutnya setelah melakukan x-ray, beliau mendapati sebuah gunting tertinggal di bahagian kiri abdomennya. 

Sumber: Mirror

Sejurus itu, dia bertemu semula dengan doktor bedahnya untuk mengeluarkan gunting tersebut dan pembedahan itu berjalan selama dua jam.

“Dia langsung tidak berminat untuk mendengar kata-kata saya. Saya tidak dapat menjelaskan kesakitan yang saya rasakan kepadanya.

Saya masih lagi rasa kesakitannya dan masih lagi tidak pulih sepenuhnya.”

Nurcihan telah melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa tempatan mengenai doktor tersebut termasuk hospital swasta berkenaan.

Sumber: Mirror
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca