NFDP Dapat Sokongan Adidas Malaysia

Sebuah program yang ditubuhkan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan & Kementerian Pendidikan untuk membangunkan bola sepak Malaysia dari peringkat akar umbi iaitu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) ataupun digelar “NFDP” itu pada awalnya sudah pun mendapat perhatian ramai. Mereka juga mengatakan bahawa ini satu inisiatif yang baik untuk menghasilkan pemain yang beraraf dunia dan terus membangunkan bola sepak tempatan.

Selepas PPBN ditubuhkan, program ini dilihat terus mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia. Kali ini, giliran Adidas Malaysia pula menyokong mereka dengan menghadiahkan setiap pemain di dalam pasukan¬†Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (Bawah-13 & bawah-14) sepasang kasut daripada keluaran pek terbaru mereka yang dipanggil “Team Mode”. Ini juga merupakan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan keluaran terbaru mereka dan memberi sokongan kepada PPBN pada masa yang sama.

Gambar diambil daripada NFDP Malaysia.

Setakat ini, Pek “Team Mode” hanya mengeluarkan tiga jenis warna, iaitu kasut berwarna biru, merah hitam, dan kuning

Acara yang berlangsung di Suria KLCC ini turut dihadiri oleh tiga pemain Akademi Mokhtar Dahari (Bawah-13) Hazriq Haqqim Mohd Izham, Rohisham Haiqal Hashim dan Mohammad Haykal Danish, yang juga pernah dijemput untuk bermain dengan pasukan PSG bawah-13 pada satu kejohanan Jun lalu.

Semoga pemberian ini menjadi satu semangat baru untuk pemain-pemain muda negara, terutamanya untuk mereka beraksi di kejohanan AFC (Bawah-16) pada bulan september nanti.

Informasi artikel ini diperolehi daripada NFDP Malaysia.

Artikel Lain Untuk Di Baca