Neymar Dan 2 Lagi Bintang PSG Positif COVID-19

Tiga pemain Paris Saint-Germain (PSG) yang tidak dinamakan didapati positif COVID-19. Berita mengejutkan ini diumumkan oleh kelab tersebut pada Rabu menerusi satu perkongsian di laman Twitter rasmi mereka.

Menurut kelab tersebut, tiga pemain itu disahkan positif selepas menjalani ujian saringaan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Semua pemain dan kakitangan lain akan terus diuji dalam masa beberapa hari akan datang.

Dalam pada semua berteka-teki siapakah tiga pemain yang disahkan positif COVID-19 itu, Piers Morgan menerusi satu ciapan di Twitter mengatakan mereka adalah Neymar, Ángel Di María dan Leandro Paredes. Ketiga-tiga pemain itu dilaporkan positif selepas menghabiskan cuti mereka bersama.

Sumber: talkSPORT

Difahamkan, selepas tewas di perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 23 Ogos lalu, ketiga-tiga pemain itu baru-baru ini menghabiskan masa bercuti di Pulau Ibiza, Sepanyol.

Pada Isnin lalu, kelab tersebut mengumumkan bahawa dua pemainnya yang tidak dinamakan menunjukkan simptom COVID-19.

PSG dijangka bakal mempertahankan gelaran Ligue 1 mereka di Lens pada 10 September. Peraturan liga bagaimanapun menetapkan sesi latihan pasukan mesti dibatalkan sekiranya kelab mempunyai empat kes positif dan perlawanan mungkin terpaksa ditangguhkan.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca