New Zealand Dakwa Sudah Berjaya Hentikan Penularan Jangkitan COVID-19

Umum sudah tahu, minggu lepas New Zealand telah mengumumkan mereka akan menurunkan tahap perintah berkurung mereka kepada tahap tiga susulan kes jangkitan yang semakin berkurang.

Hari ini, New Zealand telah mendakwa mereka berjaya hentikan penularan COVID-19 dalam kalangan komunitinya.

Menurut Perdana Menteri, Jacinda Ardern, beliau yakin negara itu berjaya menghapuskan virus berkenaan selepas New Zealand hanya mencatatkan angka jangkitan satu digit sejak beberapa hari yang lalu.

Pada Ahad lalu, mereka hanya merekodkan satu kes jangkitan sahaja.

Walau bagaimanapun, pakar kesihatan meminta supaya kerajaan tidak mengambil mudah dengan perkembangan ini.

Perkembangan itu dicatat beberapa jam selepas Arden mengumum untuk melonggarkan sekatan sosial yang dilaksanakan.

Bermula hari ini, beberapa sektor perniagaan bukan kritikal akan bersambung operasi semula.

Namun begitu, penduduk New Zealand masih diminta untuk kekal mengamalkan penjarakan sosial bagi mengelak jangkitan.

New Zealand sebelum ini merekodkan kurang daripada 1,500 kes positif COVID-19 dengan 19 angka korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca