New Zealand Bakal Haramkan Rokok, Usaha Tangani Tabiat Ini

larangan merokok

New Zealand merancang untuk mengharamkan rokok secara berkesan untuk kebaikan generasi akan datang.

Ketika ini, New Zealand telah mengharamkan penjualan rokok kepada mereka di bawah umur 18 tahun.

Berdasarkan kenyataan Menteri Kesihatan Bersekutu, Ayesha Verrall berkata bahawa mulai 2027 larangan umur akan meningkat setiap tahun bagi mewujudkan generasi bebas rokok.

Kenaikan had umur pembeli produk dibuat sebagai salah satu cara larangan remaja membeli rokok secara sah di negara itu.

Katanya lagi, kerajaan akan menggubal undang-undang bagi larangan tempat menjual tembakau dan hanya produk rendah nikotin dibenarkan berada dalam pasaran.

Di samping undang-undang yang dicadangkan, kerajaan akan mengutamakan langkah sokongan praktikal untuk membantu perokok yang mahu berhenti. Namun begitu, undang-undang baharu itu tidak akan menyekat penjualan vape.

“Kami mahu memastikan golongan muda tidak pernah mula merokok jadi kami akan menjadikannya satu kesalahan untuk menjual atau membekalkan produk tembakau kepada kumpulan belia,” katanya.

Verrall menambah hakikatnya tiada umur yang selamat untuk merokok. Langkah tersebut juga sebenarnya bertujuan mengekalkan peranan New Zealand sebagai pelopor global menyekat tembakau.

Sebelum ini, tindakan sama melarang penajaan produk tembakau dalam acara sukan tahun 1990 dan di bar pada 2004 telah dilakukan.

Rancangan awal untuk warga New Zealand bebas asap rokok akan diperkenalkan pada 2022 menerusi limitasi had umur pada 2023.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca