Netizen Terkejut, Lagak Burung Gagak Ini Seperti Gorila

Penampilan aneh seekor burung gagak yang meniru gaya seekor gorila tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 7 saat yang dirakam di pusat beli belah Parco di Nagoya, Jepun itu nyata menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen yang menyamakan burung itu dengan gaya seekor gorila.

Video yang dirakam oleh seorang pengguna Twitter, @keita_simpson atau dikenalai sebagai Keitaro memberitahu Newsweek bahawa pada mulanya dia melihat seekor burung gagak kemudiannya terkejut kerana burung itu kelihatan seperti ‘zombie’.

Memetik laporan NEWSWEEK, penyelidik keluarga burung dari Universiti Washington, Kaeli Swift berkata “Ini adalah burung gagak paruh besar sebab itulah wajahnya kelihatan tidak sekata. Apa yang dilakukan itu adalah sedang berjemur dengan menurunkan sayap serta ekornya”.

“Jika gambar dirakam pada sudut yang tepat, ekor dan kaki burung ini kelihatan seperti telah hilang,” katanya.

Kaeli Swift turut memperjelaskan kedudukan burung gagak gorilla tersebut dalam illustrasinya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca