Netflix Kehilangan 200,000 Pelanggan, Ini Berikutan Penghentian Perkhidmatan Di Rusia

Melalui kenyataan dan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat penstriman digital terkenal Netflix menunjukkan rekod untuk suku pertama tahun ini.

Dalam rekod tersebut, Netflix mencatatkan kehilangan pelanggan lebih 200,000 berbanding suku sebelumnya. Ini kali pertama berlaku selepas 10 tahun.

Netfilx telah menyasarkan 2.5 juta pelanggan untuk suku pertama tahun 2022.

Namun, sebulan telah berlalu sejak Netflix menghentikan perkhidmatan mereka di Rusia. Hal ini berikutan daripada langkah yang diambil oleh beberapa syarikat besar yang menarik balik dan menyekat jualan mereka di sana.

Penghentian perkhidmatan mereka di Rusia sahaja telah mengakibatkan kehilangan sekitar 700,000 pelanggan.

Antara faktor kehilangan ini adalah disebabkan oleh pengguna yang berkongsi akaun. Netflix juga mengatakan antara faktor yang lain mempengaruhinya ialah kewujudan pesaing seperti Hulu, Amazon dan YouTube.

Tambahan pula, peningkatan harga di Amerika Syarikat dan Kanada menjadi antara punca pelanggan mereka mula melarikan diri.

Pada bulan lepas, Netflix telah mengumumkan tentang pelaksanakan caj tambahan kepada pengguna yang berkongsi akaun dengan pengguna luar isi rumah namun terhad di beberapa negara.

Hal ini telah menyebabkan reaksi negatif daripada pengguna seluruh dunia yang sudah lama selesa berkongsi akaun dengan cara tersebut.

Menerusi kenyataan yang sama, Netflix menyatakan mereka akan kehilangan lagi 2 juta pengguna dalam suku kedua.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca