Platform penstriman popular Netflix mengumumkan BlackPink menjadi artis K-Pop pertama yang dipilih untuk ditayangkan dokumentarinya pada 14 Oktober ini. Fokus utama dokumentari yang diarahkan oleh Caroline Suh adalah berkenaan perjalanan karier kumpulan ikonik K-Pop itu.
Tidak dinafikan, kebangkitan BlackPink dalam industri muzik dunia memang cukup luar biasa. Membuat kemunculan pertama pada tahun 2016, kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose itu menjadi fenomena di seluruh dunia.
Sudah pasti ramai yang ingin melihat apa yang terjadi di sebalik tabir perjalanan mereka untuk sampai ke tahap sekarang. Mana tidaknya, Blinks sebelum ini cuma dapat mengikuti perkembangan BlackPink menerusi persembahan atau kemunculan rasmi mereka sahaja.
BLACKPINK: Light Up the Sky — an all-access documentary about one of the world's most popular groups — premieres in your area on October 14!
— Netflix (@netflix) September 9, 2020
Oh and that’s not all … on October 14, these music icons will also become Netflix profile icons pic.twitter.com/b9t00VnEMO
Menerusi dokumentari terbabit, banyak sedutan yang tidak pernah dilihat bakal didedahkan kepada penonton. Pendedahan itu termasuklah kehidupan seharian mereka di kediaman dan juga di belakang pentas.
Sepanjang dokumentari itu, setiap anggotanya juga dikatakan akan berkongsi secara mendalam mengenai kisah perjalanan karier masing-masing. Ia semestinya bakal merungkai segala persoalan yang bersarang di minda Blinks sekalian.
“Kami sangat teruja dapat berkongsi cerita kami terutamanya kepada Blinks di seluruh dunia menerusi dokumentari Netflix ini. Kami berharap projek ini akan membawa kegembiraan kepada semua penonton kelak,” kata BlackPink.

Menurut Naib Presiden Dokumentari Rencana Netflix, Adam Del Deo, kumpulan itu paling layak dipilih untuk projek sulung terbabit disebabkan fenomena dicetuskan mereka yang sekali gus menjadikan BlackPink sebagai kumpulan wanita paling berpengaruh saat ini.
“Fenomena K-Pop sememangnya menguasai dunia sekarang dan BlackPink tidak dinafikan menjadi kumpulan paling dikenali dan popular. Penonton bakal melihat betapa organik dan jujur kumpulan ini berkongsi mengenai saat-saat dilalui dalam kerjaya mereka.
Begitu juga persiapan tanpa lelah serta dedikasi mereka untuk menghasilkan lagu hit, persembahan penuh sejarah dan siri jelajah yang tiketnya terjual habis. Kami sangat berbesar hati dapat membawakan cerita mereka kepada peminat di seluruh dunia,” kata Adam.
Untuk rekod, pengarah dokumentari ini iaitu Caroline adalah pembikin filem dokumentari terkenal yang banyak menghasilkan projek untuk filem, televisyen dan komersial. Selain Netflix, hasil kerjanya turut ditayangkan di CNN Films, Sundance Channel, PBS, Epix, A & E, History Channel dan banyak lagi.
Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan BlackPink, anda boleh klik pada pautan di bawah: