Netflix Bakal Naikkan Harga Perkhidmatan Pada 9 Januari 2020

Siapa antara anda yang kerap menghabiskan masa terluang dengan menonton rancangan kegemaran di Netflix?

Dikatakan bahawa platform penstriman video terbesar di dunia itu akan menyaksikan peningkatan harga dengan angka tertinggi kenaikan sebanyak RM4 pada awal tahun hadapan yang boleh dilihat dalam pakej Premium.

Namun, jangan bersedih kerana harga baharu ini hanya akan dikuatkuasakan pada 9 Januari 2020!

Untuk pengetahuan anda, pelan harga baharu yang ditawarkan oleh Netflix untuk pakej asas ialah RM35 yang dahulunya ditawarkan pada harga RM33.

Selain itu, harga baharu untuk pakej Standard yang dahulunya ditawarkan pada RM42 ialah RM45.

Sekiranya pakej Premium dahulunya ditawarkan pada RM51, harga baharu untuk pakej tersebut ialah RM55.

Walaupun begitu, Netflix dilaporkan mempunyai berita baik untuk pengguna telefon pintar kerana syarikat itu akan kekalkan harga yang sama iaitu RM17 untuk pelan tersebut.

Dalam pada itu, Leigh Wong iaitu ketua komunikasi Netflix untuk Asia Tenggara berkata bahawa harga baharu itu adalah kerana cukai perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan kepada penyedia perkhidmatan asing.

Apakah pandangan anda terhadap peningkatan harga dalam pakej yang ditawarkan oleh Netflix?

Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan dengan Netflix yang kami telah ulaskan sebelum ini, anda boleh klik pautan di bawah.

https://iamlejen.com/digelar-raja-pornografi-jepun-ini-kisah-benar-pelopor-industri-filem-lucah-di-negara-matahari-terbit/

Artikel Lain Untuk Di Baca