Neraka 44 Hari: Pembunuhan Kejam Junko Furuta

Pada zaman sekarang, penulis rasa masyarakat sudah lali dengan berita-berita yang berkaitan dengan kes-kes pembunuhan. Tetapi, apa yang masyarakat, termasuk penulis sendiri tidak lagi lali adalah mengapa dan bagaimana pelaku-pelaku jenayah ini – pembunuh, sanggup berbuat demikian? Memang sudah tidak ada rasa perikemanusiaankah? Ataupun bagi mereka membunuh adalah satu perkara yang menyeronokkan? Ini memang tidak masuk akal.

Baru-baru ini, penulis terjumpa satu bebenang di Twitter tentang satu kes pembunuhan popular di Jepun. Ya, kes pembunuhan Junko Furuta. Anda mungkin pernah terbaca ataupun pernah terdengar tentang kes pembunuhan yang satu ini. Apabila diingat kembali, penulis sendiri pernah membaca tentang kes Junko Furuta ini yang disiarkan di satu majalah. Penulis tidak ingat pula pada tahun bila.

Berbalik kepada tajuk artikel ini – YA, INILAH KISAH PEMBUNUHAN YANG BENAR-BENAR BERLAKU. Apa yang anda baca selepas ini mungkin tidak dapat diterima oleh kewarasan akal fikiran, tetapi itulah perkara-perkara yang dilalui oleh Junko Furuta sehingga akhir hayatnya.

Junko Furuta

Ya, gadis manis di dalam potret ini adalah Junko Furuta. Furuta ialah seorang pelajar sekolah tinggi Yashio-Minami. Gadis kelahiran Misato, Saitama ini menjadi kegilaan ramai di sekolah dek kerana kecantikannya. Tetapi, Junko Furuta dipandang rendah oleh remaja-remaja samseng kerana beliau tidak melibatkan diri dengan rokok, alkohol dan dadah. Salah seorang daripada remaja tersebut, Hiroshi Miyano (juga seorang pembuli di sekolah) sebenarnya sudah lama memendam rasa terhadap Furuta. Sayangnya, confession Miyano ditolak kerana Junko tidak mahu terlibat dalam sebarang hubungan percintaan pada ketika itu. Si mamat Hiroshi Miyano ni rasa bitter jugaklah sebab belum pernah ada gadis yang berani tolak lamaran dia. Hiroshi Miyano juga dikatakan mempunyai pertalian dengan kumpulan Yakuza.

Permulaan Kisah Tragis

Pada 22 November 1988, Furuta sedang dalam perjalanan ke tempat kerja selepas waktu sekolah apabila dia diculik oleh empat orang remaja samseng. Kumpulan penjenayah ini kemudian melarikan Furuta ke Ayase yang terletak dalam wilayah Misato dan Adachi, Tokyo. Jarak perjalanan dari Misato ke Ayase mengambil masa satu jam.

Setibanya di Ayase, Furuta disembunyikan dalam sebuah rumah yang juga milik Minato Nobuharu, salah seorang daripada empat penjenayah terbabit. Bagi mengelakkan perbuatan jenayah mereka diketahui oleh keluarganya, Nobuharu memperkenalkan Furuta sebagai kekasih kepada salah seorang rakannya.

Pada 27 November 1988, ibu bapa Junko Furuta membuat laporan polis tentang kehilangan anak gadis mereka. Untuk menghentikan sebarang usaha untuk mencari Furuta, para penjenayah ini telah memaksa Furuta untuk membuat panggilan kepada ibunya dan memaklumkan kepadanya bahawa beliau berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Furuta juga diarahkan untuk memaklumkan kepada ibunya supaya usaha mencari dihentikan. Dalam pada itu, Furuta juga telah diugut – jika Furuta cuba untuk melarikan diri, sekumpulan Yakuza akan datang ke rumah beliau dan membunuh ahli keluarganya. Oleh kerana itulah Furuta hanya turut akan arahan penculik-penculik tersebut.

Anda mungkin tertanya-tertanya, adakah ahli keluarga Minato Nobuharu tidak melakukan sebarang tindakan untuk menyelamatkan Furuta? Keluarga Minato tidak berani untuk masuk campur dalam hal ini kerana mereka tahu akan pertalian Hiroshi Miyano dengan kumpulan Yakuza. Tambahan lagi, Nobuharu sendiri tidak henti-henti menyakiti ibu bapanya.

Neraka 44 Hari

Sepanjang berada di dalam tahanan (di rumah Minato Nobuharu), Furuta telah diseksa dan dirogol. Berikut merupakan antara seksaan-seksaan dahsyat yang diterima oleh Junko Furuta:

Hari Pertama:

  • Mangsa diculik dan dirogol lebih 400 kali oleh keempat-empat penculik
  • Kebuluran dan kekurangan nutrisi
  • Lipas dan air kencing sendiri adalah makanan dan minumannya
  • Dipaksa melakukan onani
  • Dipaksa berbogel di hadapan para penculik
  • Dibakar dengan pemetik api
  • Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

Hari ke-11

  • Dipukul berulang-ulang kali secara bergilir
  • Mukanya diletakkan di lantai konkrit dan para penculik melompat di atas kepalanya
  • Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan beg penumbuk (punching bag)
  • Darah memenuhi hidung dan hanya boleh bernafas melalui mulut
  • Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
  • Muntah ketika minum air (perutnya sudah tidak dapat menerima makanan)
  • Ducucuh rokok di lengan kerana cuba melarikan diri
  • Cecair mudah terbakar dicurahkan di atas kakinya, lalu terbakar
  • Botol dimasukkan ke dalam dubur mengakibatkan kecederaan

Hari ke-20

  • Sukar berjalan kerana luka terbakar yang teruk pada kaki
  • Dipukul dengan buluh
  • Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
  • Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
  • Dipukul dengan kayu golf
  • Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
  • Dipukul dengan batang besi berulang kali
  • Dipaksa tidur di balkoni pada musim sejuk
  • Batang besi pemanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan teruk
Foto: Amazon.com

Hari ke-30

  • Lilin panas dititskan di muka
  • Kelopak mata dibakar menggunakan pemetik api
  • Bahagian dadanya dicucuk jarum
  • Puting buah dada kiri dipotong dan dihancurkan dengan playar
  • Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan (Mentol panas itu kemudiannya meletup di dalam kemaluan Furuta)
  • Pendarahan teruk pada kemaluan akibat dimasukkan gunting
  • Mengalami kesukaran membuang air kecil
  • Mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas kerana mengalami kecedaraan yang teruk
  • Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
  • Saiz otak mengecut

Hari ke-40

  • Merayu kepada penculik untuk membunuh sahaja dirinya

Hari ke-44

  • Penculik bertindak memukulnya dengan pemberat kerana bengang tewas kepada Furuta dalam permainan Mahjong. Akibatnya, darah keluar mencurah-curah dari hidung dan mulutnya. Tidak cukup dengan itu, mereka mencucuh api lilin ke muka dan matanya.
  • Minyak dicurahkan pada kaki, ketiak dan perutnya dan kemudian dihidupkan api. Penyeksaan terakhir ini dilakukan selama dua jam.
  • Keesokannya, dia menghembuskan nafas terakhir seorang diri dengan keadaan yang nazak.

Kematian Junko Furuta

Takut ditangkap atas perbuatan membunuh, penjenayah terbabit membungkus mayat Furuta dengan selimut dan menyumbatnya ke dalam sebuah beg pakaian. Penjenayah ini kemudiannya meletakkan mayat Furuta di dalam tong berisipadu 55 gelen (208 liter) dan mengisi tong tersebut dengan konkrit basah. Sekitar jam 8 malam, tong itu kemudiannya dimuatkan dan dilupuskan ke dalam trak simen di Koto, Tokyo.

Pembunuh Junko Furuta Dikenalpasti

Nama keempat-empat pembunuh Junko Furuta ditahan penyebarannya oleh pihak mahkamah di Jepun kerana mereka dikategorikan sebagai pesalah juvana. Bagaimanapun, para wartawan daripada majalah Shukan Bunshun menyiarkan nama para pesalah ini di dalam majalah mereka kerana bagi mereka, setelah apa yang telah dilakukan terhadap mendiang Junko Furuta, sesiapa pun tidak berhak untuk menegakkan apa-apa hak asasi manusia ke atas mereka.

Hiroshi Miyano – Berumur 18 tahun semasa waktu jenayah dilakukan. Mengubah nama kepada Hiroshi Yokoyama.

Jo Ogura – Berumur 18 tahun semasa waktu jenayah dilakukan. Mengubah nama kepada Jo Kamisaku.

Nobuharu Minato – Berumur 16 tahun semasa waktu jenayah dilakukan.

Yasushi Watanabe – Berumur 17 tahun semasa waktu jenayah dilakukan.

Penjenayah utama dalam kes pembunuhan Junko Furuta

Adaptasi Berkisar Tentang Kisah Junko Furuta

Berita pembunuhan Junko Furuta ini telah mencetuskan kemarahan penduduk dunia dan kes ini telah menjadi inspirasi beberapa buah filem dan sebuah manga (komik Jepun) yang ditulis oleh Kamata Youji. Antara filem yang menjadi perhatian ramai adalah Joshikôsei konkuriito-dume satsujin-jiken ataupun lebih dikenali dengan judul Concrete-Encased High School Girl Murder Case yang dikeluarkan pada tahun 1995. Filem ini diarahkan oleh Katsuya Matsumura.

Poster Filem Concrete-Encased High School Girl Murder Case
Sedutan daripada manga yang berkisar tentang kisah pembunuhan Junko Furuta. Kredit: Otaku Culture

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kes pembunuhan Junko Furuta ini, anda boleh sahaja Google dan nanti keluarlah bermacam-macam fakta dan artikel tentang kes ini. Diharapkan kita semua dapat mengambil iktibar. Kepada para gadis dan wanita di luar sana (termasuk penulis sendiri), sentiasa jaga keselamatan diri. Kepada para jejaka di luar sana pula, jangan jadi macam Miyano Hiroshi ya? – dah kena dumped, bitter pula. Sebaliknya, terimalah keputusan si dia dengan hati yang terbuka dan lapang dada. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang selamat.

Rujukan dan Sumber: Japan Insides, Sharing Knowledges dan Wikipedia.

Kredit Foto Paparan Utama: Reddit

Artikel Lain Untuk Di Baca