Nelayan Dapat Durian Runtuh, Bukan Ikan Sahaja Jadi Tawanan Tetapi Duit Turut Ikut Terpancing

Bayangkan anda sebagai seorang nelayan dan secara tiba-tiba tangkapan ikan tersebut rupanya menyimpan sekeping duit yang masih elok dan bernilai untuk digunakan.

Pastinya menggembirakan, bukan?

Itulah yang dialami oleh seorang nelayan dari Australia bernama Dylan Mizzi.

Sekeping duit kertas itu ditemukan olehnya di dalam perut ikan yang berjaya menjadi tangkapan pancingnya pada waktu itu.

Kegembiraan ini dikongsikan oleh pemuda berkenaan menerusi akaun Facebooknya dengan kapsyen “Mind blown. No word of a lie.”

Perkongsian itu secara tidak langsung memanggil seorang pengguna media sosial lainnya untuk memberikan komentar.

Jelas individu tersebut, “Itu suatu penemuan terbaik. Kamu boleh menikmati makan malam dan sebotol bir.”

Bagaimanapun, tidak kurang juga terdapat warganet yang mengatakan bahawa gambar dan perkongsian itu merupakan satu penipuan.

Apa-apa pun, pada pandangan penulis, tidak mustahil kepingan wang kertas berada dalam perut seekor ikan.

Mungkin sahaja wang itu ditelan oleh haiwan tersebut secara semulajadi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca