Nelayan Cadang Bersara, Temui ‘Muntah Paus’ Bernilai RM5 Juta

nelayan-cadang-bersara-temui-muntah-paus-bernilai-rm5-juta

Tidak dinafikan bahawa kisah penemuan ‘muntah paus’ bukanlah sesuatu yang asing, malah sudah acapkali berlaku. Difahamkan, hampir setiap kali penemuan muntah paus ini akan menjadikan penemunya sebagai jutawan selepas menjualnya.

Seorang nelayan yang dikenali sebagai Narong Phetcharaj telah melihat sesuatu objek pelik di pantai Niyom, wilayah Surat Thani, selatan Thailand dalam satu kejadian baru-baru ini.

Rupa-rupanya, benda aneh itu adalah muntah ikan paus atau lebih dikenali sebagai ambergris yang bersaiz besar dan mempunyai berat kira-kira 30 kilogram.

Ambergris itu dipercayai telah dihanyutkan oleh arus ombak ke kawasan pantai berkenaan.

Kemudian nelayan itu mengambil ambergris lalu dibawa kepada pakar di University Prince of Songkla untuk diperiksa. Hasil pemeriksaan lanjut telah mengesahkan bahawa ia adalah muntah ikan paus.

nelayan-cadang-bersara-temui-muntah-paus-bernilai-rm5-juta
Sumber: Sirap Limau

Berdasarkan kajian sains, ambergris dihasilkan oleh ikan paus selepas memakan sejumlah besar ‘Cephalopod’ seperti sotong dan ia terhasil kerana tidak dicernakan sepenuhnya.

Bahagian itu bergerak ke arah usus ikan paus dan perlahan-lahan menjadi jisim padat dalam perut mamalia besar itu selama bertahun-tahun.

Kemudian ikan paus itu memuntahkannya sebelum ia terapung di permukaan laut yang dikenali sebagai ambergris atau muntah paus.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kegunaan ambergris ini dalam bidang industri minyak wangi dan kosmetik. Ia merupakan bahan yang sangat berharga dan berkualiti tinggi dalam menghasilkan produk yang dipercayai.

Walau bagaimanapun, bau ambergris ketika masih basah adalah sangat busuk, tetapi apabila kering, ia mengeluarkan bau yang wangi dan manis. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan tahan lama dan membuatkannya sebagai bahan yang sangat bernilai dalam pembuatan minyak wangi.

Menurut Phetcharaj, penduduk kampungnya turut bergembira dengan penemuan tersebut kerana mereka tidak pernah lagi melihat dan menyentuh ambergris selama ini.

Pada masa yang sama, Phetcharaj juga bercadang untuk menjual ambergris terbabit dan mahu bersara jika mendapat harga yang terbaik serta membuat pesta untuk rakan-rakannya.

nelayan-cadang-bersara-temui-muntah-paus-bernilai-rm5-juta
Sumber: Sirap Limau

Cukup menarik juga, apabila Narong Phetcharaj memiliki sijil bagi membuktikan bahawa ambergris yang ditemuinya itu adalah asli dan bukan palsu.

Harga pasaran untuk ambergris adalah lebih kurang AS$40,000 (RM167,000) sekilogram.

Memetik laporan Nangtime, ambergris yang ditemui oleh Narong Phetcharaj yang seberat hampir mencecah 30 kilogram itu dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta.

Sebelum ini, seorang pengutip sampah di Thailand dilaporkan pernah menemui ambergris terbesar di dunia seberat lebih 100 kilogram.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca