Nekad Terjun Tingkat 5, Bapa 3 Anak Ini Dipercayai Hidapi Kemurungan

Penduduk bandar Tawau digembarkan dengan tindakan seorang lelaki yang bertindak nekad terjun dari sebuah bangunan di Jalan Kuhara, semalam.

Dalam kejadian pada jam 12.08 tengah hari itu, lelaki yang berusia 48 tahun yang juga bapa kepada tiga anak itu nyaris maut apabila bertindak melompat dari tingkat lima bangunan tersebut.

Bagaimanapun dia terselamat setelah jatuh di atas bumbung kereta jenis Proton Saga dan mengakibatkan kerosakan teruk pada kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kejadian tersebut dan tiba di lokasi kejadian pada 12.15 tengah hari.

“Pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan masih sedarkan diri namun mengalami patah tulang kaki kiri dan tulang bahu kanan.

“Malah, lelaki berkenaan dikejarkan ke Hospital Tawau dengan sebuah ambulan untuk mendapatkan rawatan dan kini lelaki itu dalam keadaan stabil.

“Siasatan secara lisan ke atas lelaki itu mengakui bahawa tekanan kawangan yang dihadapinya selain hutang yang ditanggung mendorong kepada tindakannya untuk membunuh diri,” kata Peter.

Menurut Peter, siasatan kini diteruskan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Diharapkan selepas ini tidak lagi terjadinya kejadian seperti ini.

Sekiranya anda mengalami kemurungan, bunuh diri adalah bukan jalan penyelesaian. Anda boleh klik pautan di bawah, untuk membaca cara-cara tangani masalah ini:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca