Nekad Mahu Kebumikan Sendiri Jenazah Mangsa COVID-19, Keluarga Arwah Bertindak Ceroboh Pintu Masuk Hospital

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Salah faham berhubung prosedur operasi standard (SOP) pengebumian jenazah mangsa wabak COVID-19 telah membawa kepada kekecohan dalam sebuah keluarga di Makkasar, Indonesia. Insiden ini berlaku sekitar jam 10 pagi Sabtu.

Gara-gara tidak dibenarkan untuk menguruskan jenazah yang meninggal kerana pandemik itu, puluhan ahli keluarga arwah yang berang telah mengamuk dengan pihak berkuasa. Mereka dilaporkan membuat kecoh dan mendesak pihak hospital agar menyerahkan jenazah tersebut untuk dimandikan dan dikebumikan oleh mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, permintaan itu sudah tentu sekali tidak dapat ditunaikan oleh pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Republik Indonesia (Polri) yang ketika itu sedang bertugas di pintu masuk utama hospital.

Sumber: Kompas

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, waris mangsa kemudiannya saling menolak antara satu sama lain. Tidak cukup dengan itu, masing-masing nekad menceroboh pintu masuk wad kecemasan hospital berkenaan.

Menurut laporan portal berita Kompas, jurucakap polis Makkasar iaitu Yudhiawan Wibisono mengesahkan kejadian tersebut.

Kata Yudhiawan, terdapat sejumlah ahli keluarga mangsa korban COVID-19 yang juga berstatus pesakit dalam pemantauan (PUI) mengamuk semasa mahu menuntut jenazah.

Kebijaksanaan pihak TNI dan Polri bagaimanapun berjaya mengendalikan masalah itu. Keluarga arwah akhirnya dapat menerima kenyataan bahawa urusan pengebumian jenazah mangsa COVID-19 perlu diurus oleh pihak hospital.

Sumber: YouTube Kompas TV

Difahamkan, mangsa korban COVID-19 itu sudah selamat dikebumikan di Tanah Pekuburan Umum di Kelurahan Macanda, Kabupaten Gowa.

Team Lejen Digital mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga mangsa. Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19.

Untuk baca artikel-artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca