Nekad Mahu Dapatkan Vaksin, Warga Emas Ini Sanggup Jalan Kaki Sejauh 35KM

Seorang warga emas yang cacat penglihatan bernama Shaikh Ramly Sheikh Ahmad sanggup berjalan kaki sejauh 35 kilometer kerana mahu mendapatkan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kuala Wau, Pahang semalam.

Beliau yang berusia 78 tahun berjalan seorang diri dengan bertongkat dan membawa beg dari Kampung Kertau ke klinik berkenaan. Memetik laporan BH Online, Shaikh Ramly yang belum mendaftar untuk program vaksinasi tahu tentang program itu daripada individu yang menghantar bantuan makanan ke rumahnya.

“Saya keluar rumah seawal jam 6 pagi kerana perlu berjalan untuk ke klinik berkenaan yang terletak agak jauh dari tempat tinggal. Saya memang harap dapat suntikan hari ini.

Saya tidak pernah mendaftar untuk program vaksinasi kerana tidak mempunyai kemudahan teknologi selain masalah penglihatan,” ujarnya.

Sumber: BH Online

Shaikh Ramly yang nekad berjalan kaki seorang diri itu mendapat perhatian seorang jurugambar bernama Farizul Hafiz Awang yang ketika itu dalam perjalanan untuk membuat liputan program berkenaan. Farizul kemudiannya menumpangkan warga emas itu yang menuju ke lokasi sama dengan beliau.

Selepas beliau tiba di klinik berkenaan, anggota polis kemudiannya membantu Shaikh Ramly untuk membuat pendaftaran dekat kaunter dan seterusnya menerima suntikan vaksinasi.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet berasa serba salah apabila membaca kisah warga emas ini dan ada yang membantu beliau dalam perjalanan ke klinik berkenaan:

Untuk pengetahuan anda, program vaksinasi itu dilaksanakan atas inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan tiga buah bas untuk kegunaan penduduk setempat bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan vaksin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca