Negarawan Terulung Pergi Tinggalkan Dunia, Ini 6 Pesanan Allahyarham BJ Habibie Buat Generasi Muda

Kehebatan Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie dalam teknologi penerbangan dan dunia kepemimpinan sememangnya dikagumi oleh seluruh manusia.

Berperwatakan tegas dan sikap berfikiran terbuka mendorong beliau untuk menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara maju dan tinggi teknologi namun mengutamakan Allah SWT sungguh menjadi inspirasi kepada semua insan yang ingin berjaya.

Allahyarham yang terkenal dengan tutur bicara teratur dan penuh hikmah sememangnya tidak lokek dalam memberi nasihat. Malahan, beliau turut meninggalkan pesanan buat semua generasi muda yang ingin berjaya.

Berikut merupakan 6 pesanan yang dititipkan oleh beliau buat kita semua:

1. Kerja keras dan pengorbanan

Bagi BJ Habibie, kejayaan dalam hidup tidak tertakluk kepada mereka yang cerdas sahaja. Namun, kejayaan yang diimpikan boleh diraih menerusi kerja keras yakni usaha dan sebuah pengorbanan.

2. Kejarlah yang kamu impikan

Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Sebagaimana yang berlaku dalam kisah BJ Habibie sewaktu dahulu. Tidak kurang ramai juga manusia di sekelilingnya yang merendahkan dan meremehkan kebolehannya setiap kali berdepan dengan kegagalan.

Namun begitu, beliau tetap nekad dan komited dalam menggapai impiannya untuk menjadi realiti. Maka, sebagai generasi muda, kita sepatutnya mengabaikan segala anasir-anasir yang membawa kesan negatif terhadap diri sendiri.

Sebaliknya, teruskan usaha sehingga berjaya!

3. Selalu sedia menghadapi cabaran

Manusia sememangnya tidak lepas daripada pelbagai cabaran. Walau apapun bentuk jalan yang dipilih, mesti ada rintangan dan kepayahan.

Maka, bersiap sedialah dalam menghadapi cabaran kerana manusia umumnya berupaya mempelajari pelbagai perkara baharu.

4. Tekuni bidang yang dipilih secara konsisten

Setiap manusia tidak lari daripada kelebihan dan minat yang tersendiri. Oleh yang demikian, ketahui dan kuasailah minat tersebut dengan lebih mendalam serta konsisten.

Perkara ini jauh lebih baik berbanding menguasai pelbagai bidang namun keupayaan, kemampuan dan kepakaran yang dimiliki oleh seseorang adalah sederhana.

5. Fokus pada karya

BJ Habibie merupakan seorang yang sangat komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

Sewaktu diberikan mandat menjadi presiden ketiga Indonesia, beliau sangat berpegang teguh kepada prinsip dan tanggungjawab yang digalasnya sehingga sanggup berjaga sampai ke lewat malam demi menyelesaikan segala tugas-tugas berkenaan.

6. Jadilah berguna bagi sesama manusia

Allahyarham BJ Habibie berpendapat bahawa kejayaan seseorang diukur menerusi seberapa banyak manfaat yang mampu diberikan oleh manusia kepada insan lain.

Terima kasih BJ Habibie atas segala jasa, kebaikan dan ilmu yang ditaburkan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca