Negara Ini Tutup Jalan Sebulan Agar Katak Dan Kodok Dapat Membiak

Estonia tutup jalan sebulan

Estonia mengarahkan penutupan jalan raya utama di ibu negara, Tallinn selama sebulan setiap malam agar katak dan kodok dapat membiak.

Menurut salah seorang sukarelawan Yayasan Nasional Estonia, Kristel Saarm, katak telah ada di kawasan itu sebelum jalan raya tersebut dibina.

“Kolam tempat mereka membiak berada di seberang jalan, jadi mereka terpaksa menyeberang,” ujar sukarelawan tersebut.

Sukarelawan selalunya akan ditempatkan di kawasan tersebut untuk membantu memindahkan amfibia-amfibia ini pada musim bunga.

Menurut sukarelawan, mereka telah menyelamatkan 97,000 katak dan kodok pada tahun-tahun sebelum itu termasuk 2,000 katak pada tahun lepas. 

Walau bagaimanapun, kerja-kerja sukarelawan dilihat mustahil pada tahun ini disebabkan pandemik COVID-19  yang masih belum reda.

Salah satu kodok di atas jalan Tallinn, 13 April lalu | Sumber: REUTERS

Oleh sebab itu, penutupan jalan raya utama di ibu kota Estonia itu adalah satu-satunya cara yang ada.

Pertolongan daripada sukarelawan adalah penting kerana disebabkan permukaan jalan yang hangat, amfibia ini akan mengantuk dan bergerak perlahan.

Bukan itu saja, sekitar 300 ekor haiwan-haiwan ini akan berhenti di atas jalan raya menyebabkan mereka terdedah kepada kereta.

Oleg Sijanov, wakil ketua daerah Haabersti berkata Tallinn sedang mempertimbangkan untuk membina terowong di bawah jalan agar katak dan kodok dapat menyeberang.

Mereka juga turut mempertimbangkan untuk menyediakan kolam berdekatan dengan kediaman mereka untuk musim sejuk.

Sebelum ini, kami ada menulis artikel dimana China telah membina sebuah pangsapuri khusus untuk khinzir demi mencegah selesema babi yang anda boleh baca.

Untuk baca artikel-artikel lain, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca