
Buat para pencinta buku, inilah peluang anda untuk membeli buku dengan harga yang murah hanya di Negara Buku Mega. Negara Buku Mega akan bermula pada 23 hingga 25 November dan bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
Pesta jualan buku terbesar di Malaysia ini akan disertai oleh 50 penerbit tempatan dimana antara penerbit yang akan turut serta adalah Lejen Press, Karangkraf, PTS dan Buku Fixi. Pesta buku ini menawarkan lebih 1,000 judul buku dan 1000,000 buah buku untuk dijual.
Menariknya lagi, semua buku akan dijual pada harga RM10 dan jualan akan berlangsung selama ’60 jam tanpa henti’. Ini bermakna pengunjung berpeluang melakukan pembelian sepanjang tempoh tiga hari tersebut. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk datang pada waktu siang, anda tidak perlu khuatir kerana jualan akan tetap berjalan walaupun anda datang pukul 3 pagi! Justeru tiada masalah jika pengunjung mahu datang pada jam 7 pagi, 12 tengah malam atau jam 5 pagi sekalipun, jualan tetap akan berjalan.
Antara genre buku yang ditawarkan adalah novel, buku-buku agama, buku-buku ‘indie’, masakan, resipi dan ‘travelog’. Selain itu komik dan buku kanak-kanak juga disediakan. Terdapat juga buku-buku yang hangat di pasaran seperti , Awek Chuck Taylor: Kapsul Masa, Seyogia, Kontrol Histeria dan banyak lagi.
Selain itu, para pengunjung tidak perlu khuatir untuk mendapatkan ruang parkir kerana Kompleks Kumpulan Media Karangkraf turut menyediakan ruang parkir yang luas dan selesa untuk kemudahan umum sepanjang pesta berlangsung.
Penulis turut berasa teruja untuk memborong buku di Negara Buku Mega. Semua dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta jualan buku terbesar di Malaysia ini.
[Anda ada karya yang ingin diterbitkan di iamlejen.com? Hantarkan cerpen, certot, sajak atau puisi tulisan anda ke [email protected] beserta dengan nama pena pilihan anda. Selamat mencuba!]