Negara Belgium Untuk Dijual, Ini 4 Barangan Pelik Yang Dilelong Di eBay

eBay merupakan sebuah laman web yang menjual pelbagai barangan secara dalam talian. eBay menjual barangan dari serata dunia dan anda boleh membeli barangan yang tidak terdapat di Malaysia melalui laman web tersebut.

Terdapat barangan pelik dan tidak masuk akal pernah dijual di eBay. Berikut kami kongsikan empat barangan pelik yang dilelong di eBay:

1. Suami menjual isteri

Seorang suami di Brazil menjual isterinya melalui laman web eBay kerana mengalami masalah kewangan. Dia mengiklankan isterinya pada harga RM230. Namun, kerajaan Brazil mengetahui berita itu dan memerintah pihak eBay untuk memadam iklan tersebut.

2. Berlian daripada rambut Beethoven

Berlian Beethoven ini dibuat daripada karbon yang diperolehi daripada beberapa helai rambut Beethoven. Berlian ini dilelong kepada orang awam dengan harga RM4 juta. Berlian tersebut merupakan salah satu daripada tiga berlian yang dihasilkan.

3. Buku William Shakespear

Buku William Shakespear ini berusia 340 tahun dan merupakan salah satu daripada beberapa buku yang dapat diselamatkan daripada kebakaran besar London pada tahun 1666. Buku ini telah dijual dengan harga RM25 juta.

4. Negara Belgium

Negara Belgium pernah menjadi salah satu negara yang dilelong di eBay tapi hanya tiga bahagian iaitu Flanders, Brussels dan Wallonia. Namun, pihak eBay memadam iklan tersebut kerana tidak boleh menjual apa-apa yang tidak realistik.

Artikel Lain Untuk Di Baca