Aktres terkenal, Noor Neelofa binti Mohd Noor menyuarakan kekesalannya apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama dan profile picture miliknya mengeluarkan kenyataan kurang sesuai di laman Twitter.
Neelofa memuat naik satu ciapan di laman Twitter, “Tindakan individu menggunakan nama dan profile picture yang serupa serta mengeluarkan ciapan kurang sesuai pada masa yang sama adalah satu tindakan tidak wajar dan tidak beretika. Semoga kita semua sentiasa menjadi pengguna media sosial yang bijak.”
Tindakan individu menggunakan “nama” dan “profile picture” yang serupa dan dalam masa yang sama, mengeluarkan “tweets” yang kurang bersesuaian adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika. Semoga kita semua sentiasa menjadi pengguna social media yang bijak.
— Neelofa (@Neelofa) June 2, 2020
Bagi yang masih keliru, bekas pengacara MeleTOP ini mengeluarkan kenyataan tersebut untuk menegur beberapa akaun Twitter palsu yang menggunakan identitinya seperti nama dan profile picture.
Untuk dijadikan cerita, kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun tersebut telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan warganet sehingga ada yang menganggap ciapan tersebut merupakan pendapat Neelofa sendiri.
Tidak berhenti dengan menggunakan kata-kata kasar, pemilik akaun palsu itu turut memetik nama-nama individu lain yang boleh menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.
Haha tak nak lah sampai ke tahap itu. Just berharap semua orang lebih bertanggungjawab dalam keghairahan “bermedia sosial” ❤️ https://t.co/JvhiJvEaHX
— Neelofa (@Neelofa) June 2, 2020
Sementara itu, ada yang turut menyarankan pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawab tersebut.
Walau bagaimanapun, Neelofa berkata dia belum terfikir untuk melakukan perkara tersebut. “Saya tidak mahulah perkara ini sampai ke tahap itu. Saya cuma berharap semua orang lebih bertanggungjawab dalam keghairahan mereka menggunakan media sosial,” jelasnya.
Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet turut bersetuju dengan pandangan Neelofa mengenai isu ini:
Haa ayot tuan badan dah sounddd
— akmalψ (@nrakmalhakimi) June 2, 2020
betul tu ! sukahati diorang je buat macam tu 😭
— Miss Aisyah (@mysrhaisyh) June 2, 2020
Betul tu.. sian kak lofa, diorang ni tak fikir ke perasaan kak lofa bila tweet yg bukan2 pakai identiti akak😔
— I love you Neelofa 💜 (@LuvLofa) June 2, 2020
Banyak noh sampai keliru mana satu the real one neelofa 🧐
— Syazano (@syazanarafi) June 2, 2020
Pada pendapat anda, adakah ia merupakan satu tindakan yang wajar sekiranya Neelofa mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu tersebut?
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah: