Azwan Ali yang lebih terkenal dengan panggilan Diva AA menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Neelofa selepas selebriti itu didakwa menyambut 1 Syawal bersama ahli keluarganya walaupun mereka tidak tinggal dalam satu rumah yang sama.
Untuk pengetahuan anda, ia bukanlah kali pertama Neelofa didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Apa yang membuatkan kemarahan orang ramai semakin bertambah-tambah ialah Neelofa sudah melanggar SOP lebih daripada dua kali.

Rakyat agak marah dan berasa terkilan kerana isu pilih kasih kepada golongan kayangan atau individu berpengaruh ini semakin obvious. Warganet juga dipercayai telah membuat petisyen yang menuntut isteri PU Riz itu dikenakan hukuman penjara selepas wanita itu telah banyak kali melanggar undang-undang.

Dalam pada itu, Azwan turut meluahkan rasa marahnya terhadap Neelofa yang disifatkan sebagai angkuh dan sengaja melanggar SOP. “Kau ingat kau kayangan sangat? Kau against the law.
Kalau sekali, aku boleh maafkan. Dua kali pun aku boleh terima lagi tetapi ini sudah melampau-lampau! Bila ia melampau-lampau, that shows how idiot you are,” ujar Azwan.
Azwan turut membangkitkan isu orang lain yang terpaksa menahan kesedihan tidak dapat bersama keluarga pada hari lebaran ini. Bukan sahaja tidak dapat menyambut hari raya bersama-sama, mereka juga tidak dapat melawat kubur.
“Kau tidak tahu berapa ramai berendam air mata kerana tidak boleh melawat ahli keluarga? Kubur pun tidak boleh pergi. Terdapat pelbagai peraturan baharu dikeluarkan kerana kamu.

Kau menggeletis dan show off seperti bangga sangat dapat beraya dengan keturunan kamu. Kamu sengaja buat seperti itu kerana ingat boleh bayar kompaun dan yakin tidak akan dipenjarakan, kan?” tambahnya.
Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Azwan:
thank you Diva AA for speaking up! Im tired. We are tired. Please. pic.twitter.com/ukJiSduOEx
— zaym (@zaymzrf) May 19, 2021
I don't know half of this guy's vocab (like fr what is even 'sempundal'…) (and pretty sure some of it are totally made up ikut suka nenek dia) but I understand 100% of what he's saying. Dude doesn't make sense… but he MAKES SENSE.
— ➡️ (@brokensciss0rs) May 19, 2021
Nanti lepas kelua penjara akan ade dokumentari show untuk dia bercerita pula pengalaman dia dalam penjara tu. Biasalah production tv akan nampak semua tu peluang buat duit.
— Betman (@napnapiee) May 19, 2021
u might hate this guy but all he sayin is so on point & straight fire🔥
— MaY (@broamer_) May 19, 2021
Anda boleh tonton video penuh di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: