Selebriti dan juga pengusaha terkenal tanah air, Neelofa atau Lofa tidak dapat menahan rasa hiba sewaktu mengumumkan kepada khalayak bahawa beliau tidak akan lagi mengacarai program MeleTOP bermula pada tahun hadapan.

Sebagai makluman, Neelofa sudah tujuh tahun mengendalikan program terbitan Astro itu. Maka, pasti akan menjadi sukar untuknya daripada berhenti menjadi pengacara bagi program yang sudah sinonim dengan dirinya.

Aktres jelita yang berusia 30 tahun itu berkata bahawa keputusan yang dilakukan sememangnya berat untuk dilaksanakan memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan.

Jelasnya lagi, keputusan tersebut harus dilakukan memandangkan beliau akan melibatkan diri dengan program baharu terbitan pihak Astro.

Lebih menyedihkan apabila beliau sempat menangis semasa mengumumkan kenyataan tersebut menerusi rancangan MeleTOP yang bersiaran secara langsung di Astro Ria malam ini.

Berbicara mengenai gerangan yang bakal menggantikan tempat Neelofa, pihak Astro menyatakan bahawa perkara tersebut akan diumumkan pada bulan Januari hadapan.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda