Neddo Works Production Lancarkan Kempen Pengumpulan Dana Untuk Gantung The Movie

Neddo Works Production, sebuah produksi filem bebas milik Nadia Khan yang merupakan penulis novel laris berjudul Gantung telah membuat hebahan mengenai pelancaran projek mereka. Filem pertama dari syarikat ini yang bertajuk Gantung The Movie melibatkan gabungan hebat barisan pelakon tempatan bersama dengan pelakon dari Indonesia.

Baru-baru ini, Neddo Works Production telah melancarkan kempen pengumpulan dana untuk mengumpul dana bagi filem tersebut dengan menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM300,000.

Menurut Nadia Khan, Gantung The Movie adalah gambaran orang biasa untuk orang biasa.

“Kami telah menerima lebih satu juta tontonan untuk Gantung The Series yang dimuat naik dalam talian dan ini adalah tanda bahawa orang ramai mahukan pengisian seperti ini, justeru kami akan berusaha sebaik mungkin untuknya,” kata Nadia.

Mengenai Gantung The Movie

Gantung The Movie merupakan kesinambungan daripada Gantung The Series yang disiarkan di Indonesia melalui aplikasi Tribe dan saluran Astro First di Malaysia.

Gantung The Series telah dikembangkan daripada novel Fixi paling laris karya Nadia Khan yang berjudul Gantung dan mengetengahkan empat orang watak lelaki yang kini lebih dikenali sebagai ‘Modern Musketeers’ – Gibbs (Randy Pangalila), KJ (Brandon Salim), Troll (Hafreez Adam) dan Ray (Ikmal Amry).

Sesi Meet & Greet bersama Gantung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 di PWTC, Kuala Lumpur.

Berkisar mengenai pelajar lelaki di sekolah menengah dan memaparkan isu belia yang tidak asing lagi pada masa kini, Gantung telah menambat hati para penonton Malaysia dan Indonesia. Ini dapat dilihat pada jutaan tontonan yang diterima oleh siri tersebut dan sebanyak 3,000 kehadiran sewaktu acara Meet & Greet siri itu pada Mei 2018.

Filem ini akan memulakan sesi penggambaran pada bulan Ogos 2020, sepertimana yang telah dipersetujui oleh keempat-empat pelakon utama.

Gantung The Movie akan mula menemui penonton di pawagam terpilih di sekitar Lembah Klang dan pada masa yang sama di platform internet secara percuma di mana filem tersebut boleh diakses oleh semua orang di mana-mana sahaja pada setiap masa. Filem ini juga dijangka akan menerima lebih sejuta tontonan melalui saluran Neddo Works.

Orang ramai dari seluruh Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada filem ini dengan memberi sumbangan secara ikhlas. Semua dana yang dikumpul melalui kempen ini akan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan dan pelancaran Gantung The Movie. Di samping itu, pihak produksi turut menawarkan pelbagai ganjaran yang menarik buat para penderma.

Kempen pengumpulan dana ini boleh diakses melalui www.gantungthemovie.wixsite.com/website.

Sebelum ini, kami ada menemu bual Nadia Khan untuk bertanya tentang PBAKL 2020 yang bakal berlangsung pada 27 Mac sehingga 5 April 2020. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Artikel Lain Untuk Di Baca