National Geographic Britain Diserang Warganet Singapura, Tulis Gardens By The Bay Di Malaysia

Pihak pentadbiran Facebook National Geographic UK (Britain) dikecam warganet Singapura yang berang apabila laman itu menulis Gardens By The Bay terletak di Singapura, Malaysia, lapor laman berita Mothership Sg.

Mereka bertindak mengalih klik pengguna dari Singapura ke laman Facebook National Geographic Asia bagi mengelak lebih banyak kecaman terhadap artikel tersebut.

Sumber: Mothership Sg

Kepsyen itu tertulis, “Dari Arkib: Sebuah keluarga dari India berjalan melalui Gardens by the Bay di Singapura, Malaysia.”

Siaran itu pantas mendapat cemuhan rakyat Singapura dan negara jiran dengan ramai menyatakan ironi bahawa nama besar seperti National Geographic gagal mendapatkan maklumat geografi yang betul.

Pada satu ketika, siaran itu mendapat lebih 17,000 reaksi dan 10,000 perkongsian sebelum ditarik balik dua hari selepas ia disiarkan.

Sehingga kini, halaman Facebook National Geographic UK tidak memohon maaf atau mengakui kesilapan itu.

Terdapat juga beberapa reaksi lucu daripada pihak lain berkaitan isu ini.

Antaranya rangkaian pawagam Malaysia GSC merebut peluang itu dengan memberi komen “Juga dari Arkib: Teater IMAX yang dibina dengan Vibranium di Wakanda, Johor Baru,” dengan imej dewan filemnya.

Halaman meme terkenal MGAG pula cuba bersikap optimistik dengan komen, “Secara teknikalnya tidak salah jika kita bercakap lebih 50 tahun yang lalu.”

Ini kerana mengikut sejarah sebelum ini, Malaysia dan Singapura pernah bersatu pada ketika dahulu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca