Nasi Mangkuk Berlaukkan Cicak Panggang Jadi Kegemaran Ramai Di Vietnam, Ada Yang Nak Cuba?

Sebut sahaja Vietnam, pasti semua terbayangkan pelbagai makanan enak yang boleh didapati di sana dengan harga yang sangat murah. Malah, ia menjadi salah satu tarikan utama yang menarik orang ramai untuk melancong ke negara itu.

Percaya atau tidak, salah satu makanan jalanan (dijual di tepi jalan) yang popular di Vietnam adalah nasi mangkuk berlaukkan cicak panggang. Ia merupakan juadah yang cukup unik kerana cicak itu akan dipanggang terlebih dahulu bagi menaikkan lagi aromanya.

Baru-baru ini, gambar juadah itu menjadi tular di media sosial dan berjaya mencuri perhatian warganet. Rata-rata tidak dapat menerima kenyataan yang reptilia berdarah sejuk itu dijadikan makanan.

Terdapat beberapa peringkat dalam penyediaan juadah tersebut. Pertama sekali, longgokan cicak yang kelihatan persis ikan bilis akan dibersihkan terlebih dahulu.

Setelah itu, ia akan dipanggang sebelum dimasukkan ke dalam plastik dan ditimbang untuk dijual kepada orang ramai.

Seperti slogan roti Gardenia, cicak panggang juga dikatakan enak dimakan begitu sahaja. Jika mahu lebih kenyang, ia boleh dimakan bersama dengan nasi.

Jadi, ada tak pembaca di sini yang terliur tengok gambar di atas? Agak-agak, macam mana rasa cicak panggang?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca