Nasi Ganja Paling Laris Di Ipoh Ini Mampu Buat Anda Ketagih Dan Pindah Ke Sini

Rasanya, semua tahu tentang nasi ganja yang tular dan ia sudah menjadi satu kewajipan untuk rakyat Malaysia berkunjung ke Ipoh, Perak bagi mencubanya. Sebenarnya, nasi ganja ini adalah nasi kandar. Tetapi mungkin kerana ramai yang ketagih dengan kesedapan masakan ini menyebabkan ia digelar sedemikian.

Kalau anda sedang diet, lupakan hasrat itu untuk satu hari bagi merasakan sendiri kesedapan nasi ganja ini. Pasti akan terliur nanti melihat kawan atau saudara-mara makan dengan penuh berselera di sini. Maklumlah, anda kini sedang berada di kedai yang dikenali sebagai kedai nasi kandar terbaik di Ipoh.

Cakap saja sudah membuatkan ramai yang terliur mendengarkan makanan yang tular ini. Kedai makan ini terletak di dalam Kedai Kopi Yong Suan. Kedai ini telah beroperasi lebih dari 50 tahun. Ia merupakan satu tempoh yang agak lama.

Waktu operasi kedai ini bermula dari awal pagi lagi iaitu antara pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Ia dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin. Waktu kemuncak kedai ini adalah antara pukul 12 tengah hari hinggalah pukul 1 petang. Jadi, anda digalakkan supaya datang pada waktu yang lebih awal untuk mengelakkan daripada beratur panjang. Jadi, datanglah awal jika anda bukan seorang yang penyabar.

Nasi ganja ini merupakan salah satu tarikan buat pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia bagi merasakan makanan yang berkonsepkan nasi banjir ini. Satu tarikan lagi adalah disebabkan pekerjanya yang juga peramah dengan pelanggan yang datang.

Dengar cerita, Lejen Press ada terbitkan sebuah komik berkonsepkan travelogue yang berjudul Perak, Teman Datang! Ia juga datang dalam versi bahasa Inggeris iaitu Perak, Here I Come! Sebelum berkunjung ke sana, bolehlah dapatkan komik ini dulu kerana terdapat pelbagai maklumat termasuklah tempat tinggal, tempat makan menarik dan tempat-tempat yang patut anda kunjungi di sana. Jadi, tunggu apa lagi?

Penulis

  • Nurul Nabilah Abd Ajis adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca