Mengetengahkan konsep kafe kontena minimalis, The Merchant Lwa ialah kafe yang wajib anda kunjungi di The Curve. Ia merupakan syurga buat pencinta kopi dan kaki makan kerana selain pilihan kopinya yang dibancuh cukup padu oleh barista di sini, hidangan makanannya juga sangat menggamit rasa dan memuaskan selera.
Berikut kami kongsikan beberapa menu fan favourite di The Merchant Lwa yang anda wajib cuba apabila berkunjung ke Instagrammable cafe di The Curve, Petaling Jaya ini.
Menu The Merchant Lwa
i) Nasi Bebijan Ayam Salted Egg- RM10.90

Bagi yang tidak tahan makan makanan pedas, anda boleh menikmati Nasi Bebijan bersama Ayam Salted Egg. Nasi Bebijan Ayam Salted Egg dihidangkan bersama hirisan dada ayam yang diperap bersama kunyit dan kemudiannya disalut dengan tepung rangup serta dimasak bersama telur masin, mentega, daun kunyit, cili merah dan sedikit susu cair.
Ayamnya cukup rangup dan berkali ganda lazatnya apabila dimakan bersama kuah salted egg yang memang lemak masin secukup rasa. Walaupun ia berlemak dan agak creamy, Nasi Bebijan Ayam Salted Egg ini sama sekali tidak memuakkan.
Bagi kami, anda wajib cuba menu ini apabila singgah ke The Merchant Lwa! Dengan RM10.90, anda dapat makanan yang cukup sedap dengan portion yang mengenyangkan perut. Menu seumpamanya di tempat lain biasanya berharga antara RM12-RM15.
ii) Taco-RM7.90

Sekiranya anda pernah makan taco di restoran berpaksikan makanan Mexico seperti Chili’s dan Taco Bell, anda pasti akan suka taco di The Merchant Lwa kerana ia padat dengan inti dan memang memikat selera.
The Merchant Lwa kini menawarkan menu baharu iaitu taco yang didatangkan dengan tiga jenis iaitu Chicken Taco Crunch, Beef Taco Crunch dan Cheezy Taco Crunch.
Hidangan Taco di The Merchant Lwa menggunakan hard taco shells. Dengan wrap tortilla yang rangup, anda boleh pilih sama ada mahu inti ayam, daging atau mix (ayam dan daging) sebelum ia dihiasi dengan pelbagai pilihan sos.
Inti Taco di kedai makan best di The Curve ini diperap bersama lada hitam dan garam bagi memastikan para pelanggan dapat rasa daging dan ayam kisar sebenar.
Taco ini memang cukup enak dan segar membuatkan anda mampu menghabiskannya dalam beberapa minit sahaja. Pada pendapat kami, anda pasti akan berpuas hati dengan taco di The Merchant Lwa sekiranya menggemari hidangan-hidangan yang diinspirasikan daripada makanan Mexico seperti di Taco Bell.
iii) Vietnamese Coffee- RM11.90

The Merchant Lwa memang terkenal dengan pilihan kopinya yang padu. Sekiranya anda memang hantu kopi, kami sarankan anda cuba Vietnamese Coffee di The Merchant Lwa. Vietnamese Coffee ini memang pekat, tidak mengecewakan dan betul-betul padu. Sekali hirup terasa macam di Vietnam!
Dengan aromanya yang mengasyikkan, minuman ini diadun khas menggunakan serbuk kopi yang diimport sepenuhnya dari Vietnam menjadikan rasanya cukup autentik.
Selain Vietnamese Coffee, kami sarankan anda cuba Hazelnut Coffee di The Merchant Lwa juga. Kombinasi perisa hazelnut yang cukup nutty dan manis dengan kopi merupakan satu gabungan yang sangat sempurna menjadikan Hazelnut Coffee minuman kegemaran pelanggan The Merchant Lwa. Memang sedap!
iv) Nasi Bebijan Daging/Ayam Sambal-RM10.90

Kelebihan sambal The Merchant Lwa adalah rasanya yang sangat unik. Ini kerana The Merchant Lwa menggunakan cili yang tidak terlalu pedas dan sesuai untuk semua bangsa di Malaysia.
Untuk sesiapa yang gemarkan makanan pedas, anda boleh makan Nasi Bebijan bersama sambal daging atau ayam.
v) Beef Burger With Curly Fries- RM7.90

Dengan konsep burger jalanan premium, Beef Burger With Curly Fries merupakan menu The Merchant Lwa yang menjadi kegemaran ramai kerana ia diolah sendiri dengan keju istimewa.
Dengan patty yang sangat empuk dan juicy dan keju yang cair di dalam mulut, Beef Burger With Curly Fries di The Merchant Lwa ini membuatkan nafsu makan anda ingin datang lagi.
Ditambah pula dengan curly fries yang cukup rangup, anda memang rugi besar kalau mencari kedai makan sedap di Petaling Jaya tetapi tidak pernah mengunjungi The Merchant Lwa di The Curve.
vi) Chicken Tortilla With Fries – RM9.90

Salah satu menu yang kerap dipesan di The Merchant Lwa ialah Chicken Tortilla With Fries. Chicken Tortilla ini sedap dinikmati tidak kira waktu kerana hidangan ini cukup simple dan tidak terlampau berat.
Snek ini sangat sedap dan sesuai dijamu ketika lepak santai hujung minggu sambil menikmati persembahan busker di The Merchant Lwa.
Dihidangkan bersama curly fries yang lazat dan rangup, Chicken Tortilla ini merupakan salah satu menu laris di The Merchant Lwa kerana ia memang penuh dengan ayam dan dilimpahi sos keju yang enak dan lazat.
vii) Keropok Lekor- RM7.90

Keropok lekor adalah salah satu snek yang cukup terkenal dan digemari oleh rakyat Malaysia. Diperbuat daripada ikan dan sagu tanpa menggunakan tepung, The Merchant Lwa memberikan identiti sendiri dalam masakan apabila menghasilkan menu Keropok Lekor yang cukup istimewa.
Sudahlah teksturnya yang cukup gebu dan lembut, Keropok Lekor ini pula dihidangkan sekali dengan sambal yang dibuat khas dari Terengganu.
Lebih menarik lagi, tekstur keropok lekor ini masih kekal empuk dan tidak liat walaupun sudah terbiar lama. Apabila anda ke Mutiara Damansara, pastikan singgah makan di The Merchant Lwa untuk menikmati keropok lekor yang boleh kami kata, “sedak macang makang kat Tranung!”
viii) Nasi Bebijan Ayam Goreng Kunyit- RM7.90

Ayam goreng kunyit The Merchant Lwa menggunakan dada ayam yang dipotong kecil. Dada ayam itu kemudiannya diperap bersama kunyit, garam halus dan sedikit serbuk ketumbar.
Dihidangkan bersama sambal merah, telur mata, hirisan bawang, salad hijau, kacang panjang dan lobak merah, Nasi Bebijan Ayam Goreng Kunyit ini sumpah sedap dan merupakan salah satu menu yang paling laris di The Merchant Lwa.
ix) Nasi Bebijan Daging Kicap- RM10.90

Peminat masakan kampung wajib cuba Nasi Bebijan Daging Kicap di The Merchant Lwa. Nasi Bebijan Daging Kicap ini tidak terlalu pedas. Ia hanya pedas di bibir sahaja.
Dagingnya direbus selama empat jam bersama daun limau, serai dan juga lengkuas. Buat anda yang suka makanan kampung dan sedang mencari kedai makan sedap di Petaling Jaya yang mempunyai Nasi Bebijan Daging Kicap terbaik, The Merchant Lwa adalah pilihan yang tepat.
x) Crispy Chicken Burger With Curly Fries-RM14.90

Sekiranya cita rasa anda lebih kepada makanan Barat, anda boleh cuba Crispy Chicken Burger With Curly Fries. Patty burger ini adalah dada ayam yang disalut tepung rangup dan kemudiannya digoreng bersama minyak panas.
Menu istimewa ini turut dihidangkan bersama sos lada hitam rahsia The Merchant Lwa dan kentang goreng keriting ala McDonald’s. Memang sedap, rangup dan pasti akan buat anda tersandar kepuasan.
xi) Home Made Beef Patty With Curly Fries-RM14.90

Home Made Beef Patty With Curly Fries berjaya menambat hati ramai pelanggan The Merchant Lwa kerana isi daging burger ini dicincang dan diperap bersama garam dan lada hitam.
Sudahlah daging burger ini cukup juicy dan membangkitkan selera, ia dihidangkan bersama kentang goreng keriting ala McDonald’s pula. Memang berbaloi!
xii) Tortilla Wrap- RM9.90

Apa yang menarik tentang Tortilla Wrap The Merchant Lwa adalah isi ayam atau daging yang digunakan dalam hidangan ini sangat lembut dan cukup berempah kerana ia diperap bersama lada hitam.
Tortilla Wrap ini juga cukup enak dan menyelerakan kerana ia disalut bersama hirisan timun, salad dan lobak merah yang cukup segar. The Merchant Lwa juga menggunakan sos keju sebagai sos utama tortilla wrap.
Selain itu, The Merchant Lwa juga mempunyai barisan makanan ringan seperti Cheezy Fries, Cheezy Chicken Popcorn, Stuffed Tofu, Chicken Papes dan Chicken Wing yang boleh didapati pada RM7.90 sahaja.


Minuman The Merchant Lwa
Satu perkara yang cukup menarik tentang The Merchant Lwa ialah minuman-minuman premium di sini dihidangkan dalam tin plastik. Anda boleh menikmati minuman anda di mana-mana sahaja tanpa perlu risau air anda akan tertumpah.
The Merchant Lwa juga menawarkan pilihan kopi serendah RM5.90. Lebih menarik lagi, The Merchant Lwa menggunakan biji kopi dark roast yang diimport dari Indonesia dan Brazil.
Selain Vietnamese Coffee, kami kongsikan beberapa minuman yang menjadi pilihan ramai pelanggan The Merchant Lwa dalam artikel ini.
i) Teh Malaya- RM8.90

Salah satu menu yang menjadi trademark di The Merchant Lwa adalah Teh Malaya. Pada pendapat kami, teh hitam ini akan jadi lebih sedap apabila anda tahu rasanya.
Dengan rasa unik gabungan kayu manis, daun pandan dan gula merah dalam teh istimewa, kami faham kenapa Teh Malaya merangkul anugerah daripada KL Big Kitchen Festival 2015.

Walaupun rasa teh itu agak unik dan baharu, ia akan buat anda mahu lagi dan lagi. Apa-apa pun, penggemar teh wajib cuba Teh Malaya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
ii) Chocolate Java Chip Smoothie- RM10.90

Untuk penggemar minuman coklat, Chocolate Java Chip Smoothie menerima pujian pelanggan kerana memang terasa coklatnya.
Sekiranya anda sedang mencari minuman yang menyamankan tekak, kombinasi air coklat dan aiskrim vanila ini mampu memberikan anda kepuasan tidak terhingga.
iii) Thai Milk Tea- RM9.90

Thai Milk Tea di The Merchant Lwa memang sangat kaw dan pekat. Anda tidak perlu terbang ke Thailand semata-mata untuk menikmati Thai Milk Tea.
Produk ini diimport sepenuhnya dari Thailand. Atas sebab itu juga, rasa teh susu ini sungguh autentik.
iv) Masala Latte
Sekiranya anda meminati kopi susu, anda wajib cuba Masala Latte. Anda boleh rasa lemak susu segar itu dan rempah pedas khas dari India. Memang lain dari yang lain tetapi sekali dah minum, pasti akan mahu lagi.
v) Hot Chocolate
Minuman panas seperti Hot Chocolate adalah pilihan terbaik untuk menemani anda ketika cuaca sejuk ataupun sewaktu bekerja. Dengan menggunakan dark chocolate yang dicairkan, Hot Chocolate dari The Merchant Lwa ini memang menyamankan tekak dan membuatkan anda lebih segar dan bertenaga.
Pencuci mulut di The Merchant Lwa
Selain makanan dan minuman yang menjadi carian pelanggan, anda boleh dapatkan tiga jenis pencuci mulut yang trending di The Merchant Lwa sebagai penutup selera.
i) Lotus Biscoff By Jelita Di Dapur- RM15.90

Dibuat khas oleh Jelita Di Dapur, pencuci mulut ini selalu dicari-cari pelanggan kerana kandungan kejunya sangat padu dengan Lotus Biscoff. Satu perkara yang pasti, Lotus Biscoff By Jelita Di Dapur menawarkan kepuasan maksimum untuk pencinta pencuci mulut.
ii) Mango Cheese Cake By Kula Cake

Dibawa khas dari salah satu kedai kek yang paling terkenal di Kuantan, Mango Cheese Cake By Kula Cake ini cukup terkenal dalam kalangan pencinta kek.
Walaupun ia menggunakan krim keju yang banyak, Mango Cheese Cake By Kula Cake ini langsung tidak memuakkan. Rasa manis, berkrim dan lemak kek ini cukup seimbang.
Lebih menarik lagi, base kek ini tidak terlalu lembik ataupun keras dan ia memang terus cair dalam mulut. Sekali dah cuba Mango Cheese Cake by Kula Cake, anda pasti akan termimpi-mimpi tentang kek ini.
iii) Choux and Banoffee Pies By Farisya Bakery

Pencuci mulut The Merchant Lwa sememangnya direka dengan penuh semangat untuk meningkatkan hormon gembira anda. Semua pencuci mulut dibuat dengan menggunakan bahan yang paling premium untuk memenuhi cita rasa para pelanggan.


Busker

Sambil-sambil minum kopi dan menjamu selera di The Merchant Lwa, anda juga dapat melayan alunan muzik dendangan kumpulan busker. Anda boleh meminta apa sahaja lagu yang ingin dimainkan.
Persembahan busker diadakan dari 4 petang sehingga 10 malam pada setiap Khamis sehingga Ahad.
Promosi The Merchant Lwa
Bagi anda yang suka cafe hunting dan sedang mencari kedai makan best di The Curve, The Merchant Lwa kini menawarkan promosi untuk pencinta kopi!
i) Buy 2 Coffee, Free 1
Bagi yang gemar coffee hunting ataupun mahu mengopi bersama rakan-rakan selepas lama tidak berjumpa, jom kunjungi The Merchant Lwa di The Curve sekarang kerana ia menawarkan pilihan kopi yang cukup padu dan memang menepati cita rasa pencinta minuman tersebut.
Dengan membeli dua Long Black, Caffe Latte atau Americano di The Merchant Lwa The Curve, setiap pembeli akan menerima satu lagi kopi percuma! Promosi Buy 2, Free 1 akan berlangsung sehingga 31 Januari 2022.
ii) Diskaun 10% untuk pembelian atas RM10.90
Sekiranya bekerja di Petaling Jaya dan sedang mencari kedai makan area The Curve, kami ingin mempelawa anda menikmati sajian menyelerakan dan membangkitkan selera di The Merchant Lwa.
Para pelanggan akan dapat menikmati diskaun sebanyak 10% sekiranya berbelanja RM10.90 dan ke atas dalam satu resit. Untuk menebus promosi ini, pelanggan hanya perlu menunjukkan kad pekerja yang membuktikan mereka bekerja di Petaling Jaya ataupun berdekatan The Curve. Promosi ini hanya untuk dine in atau takeaway sahaja.
iii) Baucar makanan RM100 sekiranya anda bergambar di The Merchant Lwa
Anda berpeluang untuk memenangi baucar makanan RM100 dengan bergambar di The Merchant Lwa dan tag Instagram, Facebook atau Twitter The Merchant Lwa!
Inilah masa yang tepat untuk anda serlahkan bakat fotografi kerana gambar yang paling cantik akan memenangi baucar makanan RM100.
Untuk pengetahuan anda, peraduan ini akan berlangsung sehingga 31 Januari 2022 jadi jom serbu The Merchant Lwa sekarang!
Lokasi The Merchant Lwa

Dengan menampilkan konsep kontena yang diinspirasikan daripada Boxpark London, kafe yang terletak di pusat beli-belah The Curve ini cukup Instagram-worthy untuk kaki outfit of the day (OOTD) bergambar sakan.
Terletak di bahagian luar berdekatan dengan laluan ke Lotus’s Mutiara Damansara, The Merchant Lwa turut menyediakan ruang makan tertutup di bahagian atas kafe kontena supaya anda boleh menikmati makanan walaupun musim hujan melanda.

Alamat: Lot K-G16-W, The Curve, No. 6, Jalan PJU7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi- 10 malam)
Facebook: facebook.com/themerchant.lwa/
Instagram: instagram.com/themerchant.lwa/
Twitter: twitter.com/themerchantlwa
GrabFood: The Merchant Lwa- The Curve
Foodpanda: The Merchant Lwa
Nombor telefon: linktr.ee/themerchantlwa
Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang tempat makan best di Petaling Jaya. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: