NASA Tawarkan Kerja Kosong Dengan Gaji Minimum RM200,000, Ada Yang Berminat?

NASA telah mengumumkan bahawa mereka sedang berusaha untuk menambah ahli baru dalam jabatan angkasawan yang kini terdapat 48 anggota yang aktif.

Ini sebahagian rancangan mereka untuk memperluaskan misi ruang angkasa pada masa akan datang.

Dilaporkan gaji angkasawan mampu mencecah sehingga RM200,000 sehingga RM300,000 sebulan.

Permohonan ini dibuka bagi memilih kumpulan angkasawan bagi pertengahan tahun 2021 dan para pemohon akan memulakan latihan di Johnson Space Center di Houstan, Texas.

NASA memerlukan anda untuk mempunyai Master dalam bidang berkaitan, bersedia untuk hidup dan bekerja 400 kilometer di atas Bumi serta menjadi warganegara AS.

Pentadbir NASA, Jim Bridenstine berkata, “Kami meraikan tahun ke-20 di Angkasa Antarabangsa (ISS) tahun ini, kami berada di ambang untuk menghantar wanita pertama ke angkasa dan lelaki ke bulan menjelang 2024.”

“Segelintir wanita dan lelaki yang sangat berbakat, kami akan mengupah untuk menyertai korps angkasawan kami yang berlainan, ia adalah masa yang luar biasa untuk menjadi angkasawan.”

“Kami meminta semua rakyat Amerika yang layak jika mereka mempunyai apa yang diperlukan untuk memohon mulai 2 Mac,” katanya lagi.

Anda yang mempunyai ijazah Sarjana dalam sains, kejuruteraan atau mathematik (STEM) atau dengan menjadi juruterbang pelatih salah satu jalan yang sering menjadi pilihan ramai.

Ijazah perubatan atau dalam perubatan osteopatik juga digalakkan untuk memohon.

Buat pertama kalinya, calon akan minta untuk menyelesaikan ujian atas talian selama dua jam.

Proses dilaporkan sangat teliti dan memerlukan mental yang tinggi. Bayangkan, bulan Januari yang lalu hanya 11 orang yang lulus manakala 18,000 orang lagi gagal.

Para pelatih yang terpilih bakal menjalani kelas di ibu pejabat NASA, antaranya adalah kelas Neutral Buoyancy, robotik, sistem Stesen Angkasa Antarabangsa dan menguji jet latihan T-38 dan mempelajari bahasa Rusia.

Untuk baca artikel yang berkaitan angkasa lepas, sila klik pautan dibawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca