Nampak Sama Tetapi Palsu, Hati-Hati Terima Wang Khususnya Warga Pulau Pinang

Wang palsu bukan sesuatu yang baharu di Malaysia kerana masih ada individu tidak bertanggungjawab yang masih menggunakannya untuk membuat pembelian.

Pada malam Isnin (28 Oktober), seorang lelaki yang berpakaian serba hitam menggunakan wang RM100 palsu untuk membeli air mangga yang berharga RM15 di Georgetown, Pulau Pinang.

Sumber: Oriental Daily

Pekerja kedai terbabit berkata lelaki itu berjaya dalam mengalihkan perhatiannya dengan bertanyakan soalan tentang minuman lain yang dijual di kedai tersebut. Dia ambil wang berkenaan tanpa berfikir panjang dan memberikan baki sebanyak RM85 kepada penipu tersebut.

Bukan sahaja pekerja kedai minuman itu yang menjadi mangsa, tetapi ramai yang hampir menjadi mangsa penipuan lelaki tersebut pada malam berkenaan.

Seorang pekerja farmasi dan seorang lagi pekerja daripada kedai minuman yang berbeza bertanya kepadanya sama ada lelaki terbabit ada membeli apa-apa daripadanya.

Wanita itu segera membuka mesin juruwang dan menemui wang palsu berkenaan. Namun, tidak ada apa-apa yang dia mampu lakukan pada malam tersebut kerana lelaki berkenaan tidak lagi berada di tempat kejadian.

Tambahnya, dia akan membuat laporan polis pada hari Jumaat ini (1 November) kerana dia mempunyai urusan kerja di negara lain sehingga hari berkenaan. Pekerja kedai minuman terbabit juga menasihati orang ramai untuk berhati-hati dengan lelaki tersebut.

Menurut pekerja farmasi tersebut, lelaki itu membeli produk penjagaan kulit yang berharga sekitar RM14. Walau bagaimanapun, dia tertangkap apabila dia memberikan RM105 kepada juruwang berkenaan.

Selepas memeriksa wang tunai terbabit, pekerja itu mendapati bahawa wang palsu tidak mempunyai benang serat keselamatan dan lebih licin jika dibandingkan dengan wang sebenar. Dia memaklumkan penipu tersebut bahawa wang tunai itu ialah wang palsu dan lelaki itu kelihatan terkejut.

Sumber: Oriental Daily

Pekerja di kafe berdekatan berkata dia lebih berhati-hati kerana itu merupakan kali kedua dia menerima wang palsu. Menurutnya, wang yang diberikan oleh lelaki tersebut terlampau licin.

Dilaporkan bahawa lelaki tersebut hanya akan membeli barangan yang berharga bawah RM15 supaya dia boleh memperdayakan kedai untuk memberikannya wang sebenar. Terutamanya mereka yang berada di Pulau Pinang, berhati-hati kerana lelaki ini masih bebas.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca