Setiap kali nak buat pilihan antara butter atau margerine, pasti ramai yang keliru. Walaupun nampak serupa, sebenarnya terdapat perbezaan antara kedua bahan ini yang mungkin anda tak tahu.
- Bahan Utama Yang Berbeza
Butter adalah sejenis produk tenusu manakala marjerin tidak diperbuat daripada hasil tenusu. Maka, sesiapa yang alah pada produk tenusu boleh menggunakan marjerin sebagai alternatif. Marjerin juga sesuai bagi orang yang mengalamalkan diet vegetarian.
- Proses Pembuatan
Marjerin: Melalui proses hydrogenation di mana minyak sayuran berbentuk cecair ditukarkan kepada pepejal atau separa pepejal.
Butter: Proses pembuatan butter melibatkan pengadukan (churning), pempasteuran dan pemadatan. Biasanya dijual dalam 2 bentuk iaitu salted atau unsalted. Disebabkan ini, butter lebih sesuai digunakan dalam memasak makanan bayi.
- Kandungan Nutrisi
Marjerin: Marjerin diperbuat daripada minyak sayuran, maka ia mengandungi lemak tidak tepu atau ‘lemak baik’.
Butter: Memandangkan butter diperbuat daripada lemak haiwan, maka ia mengandungi lebih banyak lemak tepu.
- Harga
Marjerin: Harga marjerin umumnya jauh lebih murah berbanding butter. Kalau diikutkan sejarahnya, ia sememangnya dicipta pada tahun 1869 sebagai alternatif yang mampu milik kepada butter. Antara jenama marjerin terkenal di Malaysia adalah Planta, Daisy, dan Naturel.
Butter: Harga butter biasanya lebih mahal, lebih-lebih lagi yang dilabelkan sebagaipure butter. Antara jenama pure butter yang famous di Malaysia termasuklah Anchor, Golden Churn, dan SCS.
Walau apa pun, perlu diingat bahawa kedua-duanya mengandungi kalori serta lemak yang tinggi. Jadi, jangan lupa kawal pengambilannya ya!